Janna Nick Nafi Gosip Bermasam Muka Dengan Fattah Amin

Hiburan

Janna Nick Nafi Gosip Bermasam Muka Dengan Fattah Amin

Bergelar pelakon bukanlah satu kerja yang mudah kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjalani penggambaran drama yang agak lama tempohnya. Biasalah bila badan sudah terlalu penat pasti akan timbul sedikit salah faham bersama pasangan yang bergandingan dan itulah yang berlaku antara Janna Nick dan Fattah Amin ketika berada di set penggambaran drama Coffee Prince.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Janna berkata masalah antara mereka berdua sudah selesai dan meminta pihak tidak bertanggungjawab berhenti menyebarkan gosip kononnya beliau dan Fattah bermasam muka sehingga hari ini.

Biasalah, apabila kita sudah bekerja hingga ke lewat pagi, badan pun sudah penat, jadi timbul sedikit salah faham antara saya dengan Fattah. Namun kami sudah berbincang secara baik untuk menyelesaikan kekeliruan itu. Saya berharap mereka di luar sana yang tidak berada di tempat kejadian usah merumitkan lagi keadaan kerana kami berdua duduk membincangkan perkara ini secara matang.

Nampaknya esok Coffee Prince versi Malaysia bakal ditayangkan. Pastinya ramai peminat yang sudah tidak sabar untuk menonton drama tersebut kan?

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...