Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Janna Nick Minta Maaf Tidak Sensitif Gelar Elly Mazlein Janda

janna nick

Baru-baru ini,  Janna Nick dihentam teruk oleh netizen yang kurang senang dengan tindakannya menggelar Elly Mazlein dengan panggilan janda, ketika mengacarakan program Melodi hujung minggu lalu.

janna nick gelar elly mazlein janda

Advertisement

Sedar apa yang dia katakan itu tidak menjaga sensitiviti orang lain, Janna tampil memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara itu. Di menerima setiap kritikan dan kecam dengan hati yang terbuka.

Silap saya kerana tidak peka dalam pemilihan perkataan, namun saya sudah meminta maaf kepada Elly Mazlein sebaik program Melodi selesai. Saya juga ingin memohon maaf kepada penonton yang mungkin kurang senang atas apa yang berlaku. Saya akan lebih berhati-hati apabila bercakap dan berusaha memperbaiki lagi corak pengacaraan.

janna nick elly mazlein

Saya terima segala teguran dengan hati yang terbuka. Saya juga berjanji akan lebih peka dan sensitif dalam pemilihan perkataan supaya tidak lagi menyinggung perasaan sesiapa.

Pada tanggapan saya, perkataan ‘janda’ sesuai digunakan, namun saya silap kerana ia sebenarnya tidak manis, apatah lagi untuk program yang disiarkan secara langsung.

janna nick gelar elly mazlein jandaTerdahulu, Janna dilabel biadab oleh netizen apabila menggunakan perkataan ‘janda’ ketika mengumumkan Elly bakal berkahwin tidak lama lagi. Menurut netizen, kata-kata Janna itu agak kasar dan seakan menghina status Elly.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 Comments

  1. Anonymous

    January 10, 2020 at 1:01 pm

    Ler apa halnya..memang artis-artus tu kasar sikit cakapnya… Depa tak ambil halpun, orang sibuk-sibuk komen. Takleh lercamtu….kekokla nak kata apa-apa dimasak depan!?

  2. anti melodi

    January 9, 2020 at 10:07 am

    takpayah la jannah kau nak memperbaiki lagi corak pengacaraan, dah setahun kau kat melodi, bagi la orang lain. aku rasa maintain kan je awal ashaari.

  3. mimi

    January 9, 2020 at 10:04 am

    stigma masyarakat dengan perkataan janda kan negatif. Yang peliknya perempuan pun ikut sama hina, padahal semua wanita berpontensi kot untuk di-janda-kan. Lols. Unless you bujang sampai mati lah. Tapi takda isu pun. I dah divorce more than 4 years. Bila orang panggil janda, agak terdetik juga sikit tapi takde la isu sgt pun.

  4. liz

    January 9, 2020 at 9:08 am

    betul la tu…apa salahnya word janda tu. bukan hina pun perkataan janda…

  5. Anonymous

    January 9, 2020 at 8:56 am

    Perkataan janda tu agak kasar..tkyah sebut janda ke duda ke..sebut wanita yg sudah bercerai..eloooook sikit bunyinya..ye tak? Macm jgk kau sebut orang mati…sebut orang meninggal..elooook sikit..yer tak??

Loading...
To Top