Janna Nick Masuk Hospital Kerana Menghidap Vertigo

Hiburan

Janna Nick Masuk Hospital Kerana Menghidap Vertigo

Selepas kekasih hatinya dimasukkan ke hospital minggu lalu, pelakon dan pengacara sensasi Janna Nick turut menerima nasib yang sama apabila disahkan menghidap vertigo.

Janna Nick
2 years ago

"Perlu Teliti Banyak Aspek Sebelum Berkeluarga" - Janna Nick

Advertisement

Janna memaklumkan bahawa dia dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu selepas dia merasa tidak berapa sihat dan muntah berterusan.

Sudah empat hari saya tak boleh makan, muntah berterusan, tak boleh berdiri dan tak boleh imbang badan dengan betul.

Tambah Janna, dia mengalami fasa di mana pastinya muncul rasa mahu pitam apabila berdiri lama serta kepala rasa sakit dan tidak selesa seakan-akan seperti di awangan.

Namun begitu, Janna memberitahu yang doktor sudah pun memberinya sejenis ubat tahan sakit bagi mengelakkan dirinya daripada terus muntah dan untuk mengembalikan selera makannya.

Menurut Janna, dia juga sudah selesai melakukan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) tetapi masuh lagi menunggu keputusan dan dia tidak pasti bila boleh keluar wad kerana masih dalam pemantauan doktor.

Selamat pagi. Saya baik tiada apa-apa perlu dirisaukan. Tirus kan muka? makan muntah, makan muntah. Itulah korang selalu kata saya gemuk sangat.

Janna Nick

Perkara tersebut turut dikongsikan Janna menerusi sebuah hantaran yang dikepilkan bersama sebuah gambar dirinya ketika ini yang berada di sebuah hospital sambil menikmati hidangan sarapan pagi di laman Instagram miliknya.

Tidak lama dahulu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner pernah dimasukkan ke hospital kerana mempunyai jangkitan pada paru-paru selepas mengalami batuk selama seminggu.

Sekadar info, buah hati Janna iaitu Dini Schatzmann terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan akibat demam dan terkena jangkitan kuman selepas bekas pengacara Melodi itu meraikan kejayaan sebagai Bintang Paling Popular.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KOSMO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...