Seperti yang ramai tau, pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann kini di London, United Kingdom dan akan menetap di kota itu selama setahun.
Keputusan itu dibuat selepas Janna memilih untuk menyambung pengajian di sana dan sebelum ini pasangan tersebut telah membuat tinjauan di beberapa rumah untuk disewa.
Selepas membuat pencarian teliti, Janna dan Dini akhirnya berjaya menemukan rumah sewa yang menepati pilihan mereka baru-baru ini.
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian pelakon berusia 30 tahun itu, mereka memaklumkan sebelum ini tinggal di sebuah Airbnb yang berharga RM700 satu malam selama dua minggu sebelum masuk ke rumah sewa yang dipilih.
Hari ini kami pindah rumah, tak sabar. Saya gembira dapat rumah idaman saya.
Difahamkan, rumah yang dipilih Janna dan Dini merupakan kediaman ketiga mereka ‘survey’ dalam vlog sebelum ini yang berharga 4,000 Pound Streling sebulan (kira-kira RM22,583).
@jannanickofficial janji terus kuat stamina Dini ek pas minum Efferty! #studyabroad #malaysia #london ♬ original sound – jannanick95
Dalam pada itu, ramai yang terhibur dan akui gemar melihat gelagat pasangan ini terutamanya ketika Janna mengusik suaminya.
Tak kurang juga yang memuji Dini kerana ringan tulang dan sangat rajin membantu Janna dalam hal-hal yang melibatkan tenaga fizikal.