Pelakon popular, Janna Nick akui hati manusia boleh berubah bila-bila masa, termasuklah hati suaminya sendiri iaitu Dini Schatzmann.
Dalam satu video yang kini tular di TikTok, Janna berkata dia hanya mampu berdoa andai rumah tangganya diuji dengan kehadiran orang ketiga.
Poligami? Kalau ada yang nak cuba? Saya doa sajalah. Kita tak tahu manusia kan, hati manusia Allah pegang. Memang lumrah dia berbolak balik.
Kalau hari ini dia sayang kita seratus peratus, mungkin esok dia tak sayang.
Janna turut berkongsi pandangan bahawa isu kecurangan bukanlah kesalahan yang hanya terletak pada lelaki semata-mata.
Katanya, tak mustahil perkara itu berlaku pada dirinya sendiri dan menegaskan bahawa ujian sebegitu boleh menimpa sesiapa saja tidak kira lelaki atau perempuan.
Semua orang sibuk cakap ‘Oh suami yang akan curang’. Mana tahu satu hari saya yang curang. Ujian itu kita tak tahu. Kita tak boleh letakkan kepada satu jantina saja.
@heyluvmichellehati♬ original sound – heyluvmichelle
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh pelakon itu dan ada yang menganggap setiap rumah tangga pasti akan dilanda ujian.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.