Status Janna Nick di Insta Stories beliau baru-baru in berkaitan dengan sindiran terhadap selebriti ‘plastik’ mencetuskan pelbagai tanda-tanya. Apakah yang membuatkan Janna tiba-tiba boleh merasa bengang sehingga melabelkan seseorang begitu?
Menerusi portal mstar Online, Janna akui status itu ditujukan buat seorang selebriti yang berpura-pura baik semata-mata kerana ingin mendekati dan rapat dengan dirinya. Namun, Janna tidak mahu mendedahkan siapakah orang yang dimaksudkan kerana tidak ingin terlibat dengan individu yang berperangai sebegitu.
Saya tak komen fasal ini sebab bagi saya, yang plastik tu biarkan plastik. Kalau boleh saya tak nak libatkan dengan orang seperti itu. Status yang saya muat naik itu memang ditujukan pada individu tersebut dan harap dia terasa la. Saya tak nak dedah siapa orang itu. Tapi orang tu jarang nampak tapi dia cuba untuk merapatkan diri dengan saya.
Ada kejadian-kejadian yang membuatkan saya nampak diri dia tu plastik. Saya dah lama tak tahan benda, cuma lama-kelamaan saya belajar menerima. Saya bukan orang yang bermuka-muka dan saya orang yang sangat jujur. Kalau dia nak plastik dengan saya, tak payah la.
Pada masa yang sama, Janna turut menasihati rakan-rakan industri agar tidak perlu berlagak baik sekiranya membenci artis lain.
Dalam dunia ini memang banyak orang yang bersikap ‘plastik’, kata-kata mereka ibarat menanam tebu di tepi bibir. Jangan percaya atau terpedaya.