Akhirnya teka-teki siapa yang bakal menggantikan tempat Awal Ashaari dan AG sebagai hos Melodi TV3 terjawab apabila stesen televisyen terbabit mengumumkan pelakon Janna Nick dan pelawak Ajak Shiro dipilih sebagai hos baru program tersebut bermula Ahad ini.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Zurina Othman, gandingan Janna dan Ajak mampu menarik lagi jumlah penonton mudah lebih-lebih lagi nama Janna kini sedang popular.
Bukan mudah bagi kami untuk menentukan barisan pengacara baru Melodi yang sudah menjadi jenama kukuh dalam hati penonton untuk memastikan Melodi sentiasa mendapat sentuhan baharu dengan perkembangan trend terkini. Kami yakin Janna Nick yang namanya semakin melonjak naik mampu menarik lebih ramai penonton muda. Manakala Ajak pula mempunyai potensi dalam bidang pengacaraan dan kami enggan melepaskan peluang keemasan ini untuk bekerjasama dengan selebriti yang versatil ini.
Untuk makluman semua, Melodi akan bersiaran selama satu jam setengah dari pukul 12.00 hingga 1.30 tengah hari dan menampilkan tiga segmen baru iaitu Cerita Sini, Habis Sini, Kecoh Netizen dan Melodi Prihatin untuk kekal lebih “trendy” serta “fresh”.