“Janji Ikut Trend, Peduli Apa Anak Sakit” – Menangis Sampai Tak Keluar Suara, Netizen Marah Ibu Tindik Telinga Anak Umur 2 Bulan

Trending

“Janji Ikut Trend, Peduli Apa Anak Sakit” – Menangis Sampai Tak Keluar Suara, Netizen Marah Ibu Tindik Telinga Anak Umur 2 Bulan

Baru-baru ini, tular di negara jiran tentang seorang bayi yang dipakaikan pendakap gigi oleh orang tuanya di mana tindakan mereka menerima kecaman ramai netizen di media sosial.

Ramai yang menegur dan mengkritik ibu bapa bayi tersebut kerana sanggup melakukan sebegitu kepada anak mereka demi ‘content’.

Advertisement

bayi 4 tahun pakai braces
2 years ago

“Itukan Gigi Susu..“ - Tular Video Bayi Dipakaikan ‘Braces’, Netizen Kecam Ibu Bapa Buat Demi ‘Content’

Terbaru, sebuah rakaman tular di aplikasi TikTok yang membuatkan netizen rasa terlalu marah dengan tindakan seorang wanita bergelar ibu ini.

Menerusi video tersebut, bayi kecil wanita itu yang baru berusia 2 bulan ditindik kedua-dua telinganya.

Reaksi tangisan bayi itu yang kesakitan membuatkan ramai netizen ‘naik angin’ apatah lagi anaknya menangis sehingga tidak mengeluarkan suara.

Mukanya juga boleh dilihat bertukar kemerah-merahan kerana menangis dan menahan kesakitan akibat ditindik.

Rata-rata pengguna TikTok yang menonton video tersebut berasa berang dan meluahkan rasa marah mereka menerusi ruangan komen.

Bukan hanya dari Indonesia tetapi netizen Malaysia juga turut mengkritik dan marah dengan tindakan wanita berkenaan.

Ramai yang mengecam si ibu kerana tergamak menyakiti bayinya yang masih terlalu kecil itu demi mengikut trend serta membuat ‘content’.

Seorang netizen berkata,

Ini mesti mak dia ni ikut trend, janji ikut trend, tak peduli anak kecil sakit.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...