“Janji Duit Masuk, Lebih Baik Menangis Dalam Lambo” – Wanita Akui Memilih Bab Bakal Suami, Gaji RM10K Jumlah Yang Wajar

Kehidupan

“Janji Duit Masuk, Lebih Baik Menangis Dalam Lambo” – Wanita Akui Memilih Bab Bakal Suami, Gaji RM10K Jumlah Yang Wajar

Baru-baru ini, tular video di platform media sosial memaparkan seorang wanita mengakui dirinya memilih dalam mencari suami apabila disoal mengenai perkahwinan jamin masa depan, lagi-lagi bila sudah mempunyai anak.

Dalam video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Tisya berkata dia tidak memilih lelaki dalam menjadikan teman lelaki tetapi agak memilih jika mahu dijadikan sebagai suami.

Advertisement

Memilih bakal suami demi masa depan keluarga

Soalan yang dituju perlu dipilih oleh Tisya iaitu sama ada memilih lelaki ‘biasa-biasa’, namun duduk dirumah dan lelaki kaya serta berikan segalanya tetapi ‘bebas’ diluar.

Saya sebenarnya open minded. Kau nak buat apa, lantak engkaulah. Janji duit masuk. Lebih baik kita menangis dalam Lambo (Lamboghini) daripada menangis dalam kereta-kereta lain.

@opaimovementSeason 2 dah bermula guys 😂♬ original sound – Opai Movement

Tisya menegaskan dia tidak memilih lelaki tetapi lebih berhati-hati jika mahu menjadikan seseorang sebagai bakal suaminya kerana memikirkan masa depan sewaktu mendirikan rumah tangga amat penting, terutama sekali soal perbelanjaan.

Sebab kita kena fikir masa depan kita. Jadi, kalau kita memilih lelaki yang gaji tak mampu untuk zaman sekarang, tak kan kita tak nak memilih untuk lelaki gaji yang boleh survive untuk zaman sekarang.

Gaji RM10,000 jumlah yang wajar

Biarpun pada awalnya enggan mendedahkan jumlah gaji yang cukup untuk perbelanjaan sewaktu berkahwin, Tisya akhirnya memaklumkan bahawa RM10,000 antara jumlah yang wajar.

Bagaimanapun, alasan yang diberikan amat kukuh kerana dia menyentuh soal perbelanjaan dalam keluarga teruatama jika sudah mempunyai anak-anak yang pastinya ‘memakan’ jumlah wang yang banyak.

Hantaran video tersebut telah meraih perhatian warganet, di mana rata-ratanya tidak bersetuju dengan pendapat Tisya dan kebanyakannya merasakan tidak semesti jika mahu berumah tangga, seseorang itu perlu berpendapatan tinggi dan perlu bersyukur dengan apa yang diperolehi.

suami marah isteri bersalin czer
4 months ago

"Baik I Kahwin Orang Lain Je!" - Suami Maki Isteri Bersalin Czer, Anggap Rosakkan Badan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...