Janji Ditepati! Jofliam Bakal Beri Pizza Wagyu Percuma Minggu Depan – “Nak Datang Kena Battle”

Trending

Janji Ditepati! Jofliam Bakal Beri Pizza Wagyu Percuma Minggu Depan – “Nak Datang Kena Battle”

Seperti yang dijanjikan, pempengaruh dan usahawan terkenal iaitu Jofliam akan memberikan pizza wagyu percuma kepada orang ramai susulan perkahwinannya dengan Emira Delyati Dewi.

Menerusi perkongsian di Instagram Storynya, Jofliam atau nama sebenarnya Suhaimi berkata, majlis resepsinya akan digantikan dengan pemberian pizza percuma yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Advertisement

jofliam dewi kahwin

Walau bagaimanapun, dia memberi peringatan kepada orang ramai agar bersedia untuk berebut bagi mendapatkan makanan percuma itu.

Saya tidak adakan majlis resepsi tapi akan digantikan dengan event.

 

Pizza percuma minggu depan, tapi nak datang kena battle walaupun percuma. Battle tunggu Rabu ini. Saya letak banyak lagi makanan inshaAllah.

pizza wagyu free jofliam

Sebelum ini, usahawan itu pernah berjanji sekiranya dia berkahwin lagi, dia akan memberikan pizza percuma kepada orang ramai.

 

View on Threads

 

jofliam dewi kahwin
1 day ago

TERKINI Jofliam & Dewi Sah Bergelar Suami Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...