Jangkitan COVID-19 Di Pasar Awam Bahau Merupakan Kluster Pasar Borong Kuala Lumpur

COVID-19

Jangkitan COVID-19 Di Pasar Awam Bahau Merupakan Kluster Pasar Borong Kuala Lumpur

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengesahkan 60 peniaga di Pasar Awam Bahau, Negeri Sembilan diarah menjalani ujian saringan Covid-19 selepas seorang peniaga disahkan positif.

Namun menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Pasar Awam Bahau dan juga Pasar Taman Megah, Petaling Jaya tidak diklasifikasi sebagai kluster baharu sebaliknya ia merupakan kluster daripada Pasar Borong Kuala Lumpur.

Advertisement

sumber : Astro Awani

KKM akan turut membuat pengesanan terhadap individu yang mempunyai kontak rapat dengan peniaga yang didapati positif.

Operasi Pasar Awam Bahau ditutup selama 14 hari bermula hari ini sehingga 10 Mei depan selepas seorang peniaga di pasar berkenaan disahkan positif Covid-19.

Dalam perkembangan hari ini, dianggarkan 100 peniaga dan pekerja pasar tersebut menjalani saringan Covid-19 secara temu bual.

sumber : FMT

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong berkata hasil saringan itu, individu yang didapati merupakan kontak rapat dengan pesakit berkenaan akan dihantar ke Klinik Kesihatan Bahau untuk menjalani ujian swab COVID-19.

sumber : BH Online

Teo, yang juga merupakan Adun Bahau berkata medan niaga, pasar ayam dan kedai-kedai berhampiran pasar tersebut juga akan ditutup selama 14 hari berkuat kuasa pada Rabu ini atas nasihat Pejabat Kesihatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...