October 27th, 2017

Pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya serta anak perempuan mereka Lara Alana memang cukup popular. Setiap muat naik mereka di laman sosial pasti akan mendapat perhatian ramai. Baru-baru ini, Awal ada berkongsi satu foto kata-kata semangat tentang perkembangan kehidupan.

Walaubagaimanapun, ada pula netizen yang memberikan komen berbaur sindiran terhadap Awal berkaitan dengan perkembangan Lara yang dikatakan “lambat”. Siap nasihat Awal dan Scha untuk buang ego masing-masing dan tidak terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan Lara.

Komen tersebut mendapat perhatian pengikut  lain di Instagram termasuklah Awal dan Scha. Awal nampaknya sudah tidak mampu menahan rasa bengangnya dengan komen yang kasar itu.

Mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia tidak. Setiap ibu bapa ada cara tersendiri  untuk membesarkan anak-anak mereka dan kalau hendak berikan pandangan sekali pun janganlah sampai timbul sindiran yang kasar. Tahu lah bagaimana Awal dan Scha untuk menjaga dan memberikan pendidikan sepatutnya untuk Lara.


Comments are closed.

Loading...