Janganlah Ungkit Lagi Kisah Silam Kami – Awi Rafael

Hiburan

Janganlah Ungkit Lagi Kisah Silam Kami – Awi Rafael

Bakal berkahwin pada 17 Mac depan bersama pelakon Atikah Suhaime, penyanyi Awi Rafael berharap orang ramai tidak lagi mengungkit kisah silam mahupun kontroversi mereka sebelum ini. Membuka lembaran baru dalam hidup mereka, Awi berkata beliau mahu menjadi seorang suami yang terbaik.

Advertisement

Selama enam tahun mengenalinya, saya tidak pernah meletak harapan dia akan menjadi jodoh kerana saya ikhlas berkawan dengannya. Perasan halus itu hadir ketika kami berada di Jakarta, Indonesia, pada November tahun lalu atas urusan kerjaya.

Selepas tiga bulan menyelami dirinya yang sebenar, hati saya kuat mengatakan Atikah adalah jodoh yang ditakdirkan. Saya mahu menjadi suami yang boleh menjaga nama dan menebus maruah serta martabat wanita yang pernah teraniaya sepertinya.

Kontroversi yang melanda Atikah membuatkan beliau tidak menerima sebarang tawaran berlakon ketika itu dan terpaksa pulang ke Singapura dan kembali hidup serta bekerja seperti orang biasa. Buat Awie, Atikah seorang gadis yang tabah kerana tetap berdiri teguh meskipun dilanda pelbagai dugaan.

Dia mengetepikan perasaan malu demi mencari sesuap nasi buat keluarga. Tidak mengapa jika masih ada yang mahu membuka aibnya kerana sekurang-kurangnya saya kini ada di sebelahnya. Biarlah kisah dulu tidak diungkit kembali kerana setiap kita punya kisah silam yang masih berbekas hingga hari ini.

Setiap orang mempunyai masa silam masing-masing, dan apa yang berlaku tidak mampu diubah lagi. Maknanya tidak perlulah terus membangkitkan isu lalu kan? Semoga segala persiapan mereka untuk mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancar. Kami turut mendoakan Awi dan Atikah bahagia sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...