Baru-baru ini, pendakwah bebas yang tak kalah terkenalnya, Datuk Kazim Elias berpendapat merehatkan penceramah berkaliber seperti Ustaz Don Daniyal itu merupakan satu kerugian buat masyarakat.
Pernah merasakan perkara sama
Kata Kazim, Ustaz Don yang merupakan anak didiknya itu ialah seorang pendakwah yang baik. Ramai juga yang meminati cara penyampaian Don ketika kuliah agama.
Saya juga pernah melalui situasi sama tetapi pegangan saya hanya buat terbaik. InsyaAllah pihak TV dan radio akan panggil semula. Mungkin ada pencerahan yang perlu dibuat.
Dalam hal ini kita kena berlapang dada. Masyarakat juga janganlah terus menghentam dia seolah-olah langsung tiada kebaikan dilakukan. Saya faham dia seorang yang terbuka dan tidak akan lawan semula.
Kerana itu, Kazim berharap agar orang ramai tidak bertindak melulu menghukumnya dan sebaliknya memberi teguran dengan cara yang baik sekiranya ada kesilapan.
Jika dia ada buat kesalahan nasihatlah secara baik. Dia perlu melalui proses ini kerana ia adalah asam garam dalam dunia dakwah.
View this post on Instagram
Ingin beri ruang
Tambahan pula, ketika Kazim disoal ada berhubung dengan Ustaz Don, dia berkata dirinya yakin anak didiknya itu mampu menjalani ujian ini dan memilih untuk berdiam diri serta memberi ruang kepada Don.
Dia ada berhubung dengan saya cakap pasal program. Tapi saya langsung tak balas. Saya tahu dia boleh lalui semua ini. Bagi dia masa. Tak perlu saya beri nasihat sebab saya faham dia seorang yang terbuka dan tidak akan lawan semula. Lagipun saya tak mahu beri dia sebarang tekanan.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.