Sedia maklum, lagu-lagu raya yang selalu dilancarkan oleh usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri sebelum ini sering menjadi target kecaman warganet.
Aliff bakal muncul dengan lagu raya baru
Terbaru, melalui laman Instagram isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida, dia kongsi video yang memaparkan usahawan terbabit berada di studio untuk merakam lagu raya baru sempena Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.
Namun begitu, Shahida masih belum bersedia untuk kongsi nyanyian Aliff dalam klip video yang dimuat naik kerana bimbang peminat kemurungan.
View this post on Instagram
Dapat dilihat dalam rakaman video itu, Aliff kelihatan gembira dapat menyanyikan lagu raya baru yang bakal dilancar barangkali pada bulan Ramadan nanti.
Ibu Aliff tinggalkan ‘pesanan’
Komen ibu Aliff iaitu Bonza Rozita di ruangan komen hantaran terbabit telah menarik perhatian susulan dia menegur anak lelakinya tidak menimbulkan fitnah seperti sebelum ini.
Bahkan, mengingatkan tentang umurnya yang sudah masuk 40-an tidak sesuai untuk melakukan hal-hal seperti itu.
Netizen bersetuju dengan komen Bonda Rozita kerana ramai yang menganggap sebagai ibu, dia hanya mahukan yang terbaik buat Aliff dan tiada masalah yang tercetus lagi seperti tahun-tahun lalu.