Amar Baharin dan Izreen Azminda. Ramai yang mahu melihat mereka berdua bersatu sebagai suami isteri di dalam dunia nyata seperti di dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Hebat sungguh penangan drama tersebut. Kedua-duanya dahulu tak menolak sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh sesama sendiri. Namun baru-baru ini, tindakan Izreen Azminda membuang kesemua gambar di Instagramnya (termasuk gambar dengan Amar) telah menimbulkan persoalan di kalangan peminat.
Sudah berakhirkah hubungan Izreen dan Amar? Kenapa tiba-ti ba padam semua gambar? Bergaduh ke? Atau masing-masing sudah jumpa pasangan lain? Rupa-rupanya Izreen sendiri naik rimas kerana seringkali dikaitkan dengan Amar. Asal sebut nama Izreen, mesti ada nama Amar sekali. Asal sebut nama Amar, mesti masuk nama Izreen jugak. Kata Izreen Azminda menerusi MalaysianDigest:-
Janganlah kaitkan lagi saya dengan dia. Saya sampai rasa rimas. Lagipun saya ada kehidupan sendiri dan dia juga begitu. Bagilah kami ruang. Saya tidak mahu lagi dibayangi nama dia. Kami hanya kawan biasa saja.
Bila saya letak gambar saya dan dia, mulalah macam-macam orang komen. Jadi, saya rimas orang asyik bercakap tentang kami. Tidak mahu pening kepala, sebab tu saya padam semua gambar itu. Saya harap selepas ni janganlah kaitkan lagi saya dengan dia
Memang kalau setiap masa nama sama je yang sering dikaitkan dengan kita sedangkan tak ada apa-apa pun, boleh stress dibuatnya. Kesian juga kat Izreen. Namun nak buat macam mana, hebat sangat lakonan mereka berdua dalam drama KTAR sampai peminat terbayang-bayang sehingga ke hari ini. Mungkin lepas ini Izreen kena berlakon dengan hero lain. Barulah orang akan lupakan gandingan mereka berdua. Buat peminat Izreen dan Amar, jangan sedih kerana nampak gayanya tak ada harapanlah mereka berdua disatukan sebagai suami isteri di dalam dunia sebenar. Itu bermakna anda ada peluang untuk mengorat salah seorang daripada mereka. Hehehe.