“Janganlah Jersi Warna Pink..” Netizen Sokong Datuk Seri Vida Beli Pasukan Bola Sepak Perak FC

Hiburan

“Janganlah Jersi Warna Pink..” Netizen Sokong Datuk Seri Vida Beli Pasukan Bola Sepak Perak FC

Kini berdepan masalah kewangan, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) khabarnya telah dirisik oleh pasukan bola sepak Perak FC untuk menjadi pemilik kelab Liga Super itu.

Perkara tersebut turut dikongsikan DSV menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya di mana dia turut memaparkan sebuah video pertemuan bersama dengan pihak pengurusan kelab tersebut untuk berbincang mengenai hal-hal berkaitan pemilikan.

Advertisement

Tidak cukup dengan itu, DSV turut memuat naik foto memaparkan dirinya bergambar di hadapan Stadium Perak yang bertempat di Ipoh, Perak.

Meninjau ruangan komen, ramai penyokong kelab bola sepak itu menyambut baik campur tangan DSV dalam konflik dalaman kelab itu.

Ada juga yang meninggalkan pesanan agar usahawan kosmetik itu tidak menukar warna rasmi jersi bola negeri Perak iaitu kuning, putih dan hitam kepada merah jambu seperti yang pernah dilakukannya kepada pasukan Kelantan.

“Ambik je Datuk. Tapi satu kami pinta, jangan la home jersey warna pink..” tulis seorang pengguna Instagram.

Terdahulu, DSV pernah menjadi penaja utama pasukan bola sepak Kelantan sekitar tahun 2016 dan 2017.

DSV KelantanSumber : Google  

Ketika menjadi penaja, dia telah menukar wajah Stadium Sultan Mohamed IV kepada warna merah jambu selain turut memperkenalkan jersi ‘pink’ kepada pasukan bola sepak Kelantan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...