Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Janganlah Cakap Penonton Bodoh” – Syazwan Zulkifly Tempelak Individu Marah Apabila Dramanya Dikritik

syazwan zulkifly tempelak enggiat seni marah penonton

Syazwan Zulkifly merupakan antara selebriti yang berani dan lantang dalam menyuarakan pendapatnya mengenai apa-apa isu yang berlaku dalam industri seni tanah air.

Terbaru, pelakon berbakat itu telah menghamburkan satu kritikan padu kepada individu yang juga merupakan penggiat seni kerana tidak boleh menerima apabila drama garapannya tidak diterima penonton.

Advertisement

syazwan zulkifly tempelak enggiat seni marah penonton

Syazwan menyatakan bahawa segala maklum balas daripada penonton, tidak kisah sama ada kritikan mahupun sokongan sepatutnya diambil kira sebagai salah satu proses pembelajaran.

“Bila hang (kau) bantai balik penonton dengan cara begitu, tahap dewa betul hang ni. Apabila puji cerita hang ‘best’, ‘kembang’ tak ingat.”

Lelaki itu juga tidak bersetuju apabila penggiat seni yang tidak dapat menerima kritikan terus memberontak dan memanggil penonton sebagai bodoh.

Bukan satu keperluan untuk penonton bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh pihak produksi seperti bajet atau pun isu umur, paling penting ialah cerita itu menarik atau pun tidak.

Advertisement

“Kalau kene kritik, terima dan belajarlah dari kesilapan. Apa ‘level’ hang dah takkan buat salah ka? Hang memang betul saja memanjang? Janganlah cakap penonton bodoh.”

Dia turut menyelar individu tersebut kerana menghamburkan kata-kata tidak sensitif kepada penonton. Ini kerana mereka adalah kunci yang paling utama untuk memastikan rating yang baik selain jaminan projek syarikatnya pada masa hadapan.

syazwan zulkifly tempelak enggiat seni marah penonton

Individu tersebut diminta supaya bersyukur kerana ramai yang memberikan perhatian kepada drama yang dihasilkannya meskipun jalan cerita yang tidak seberapa. Lagi susah sekiranya tiada siapa pun yang kisah dengan produk yang dikeluarkan.

“Buat segan (malu) orang industri saja.”

Walaubagaimanapun, Syazwan tidak menyebut secara langsung siapakah individu yang dimaksudkan itu.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. abc

    May 16, 2020 at 5:46 pm

    memang betul.
    angkuh dan sombong .
    klu xleh terima kritikan, jgn siar di TV.
    buat drama utk tontonan keluarga ajer.

  2. Ketuk ketampi

    May 16, 2020 at 4:45 pm

    Aku dh agak saper… Ang ckp jinggo motak an..an???? ? ? Kuikuii..

  3. Ketuk ketampi

    May 16, 2020 at 4:45 pm

    Aku dh agak saper… Ang ckp jinggo motak an..an???? ? ? Kuikuii..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top