“Janganlah Cakap Pasal Berpisah, Saya Sayangkan Isteri Saya” – Nedim Akui ‘Gaduh Gaduh Manja’ Dengan Nora Danish

Hiburan

“Janganlah Cakap Pasal Berpisah, Saya Sayangkan Isteri Saya” – Nedim Akui ‘Gaduh Gaduh Manja’ Dengan Nora Danish

Selepas isterinya mengejutkan ramai pihak minggu lalu, Nedim Nazri akhirnya tampil bersuara dan memberi penjelasan berkenaan kata-kata Nora Danish bahawa rumah tangga mereka sedang bergolak.

Menerusi Instagram live, Nedim jelaskan hubungannya dengan Nora dalam keadaan baik baik sahaja dan berkata enggan berpisah kerana sangat menyayangi isterinya itu.

Advertisement

Tak ada apapun, saya sayangkan isteri saya. Tolonglah, jangan buat lawak mengarut. Janganlah cakap pasal berpisah, tak baik. Saya dan isteri masih baik, kami adalah rakan dan pasangan yang baik.

nedim nora

 

Gaduh manja je

Nedim akui ada berlaku pergaduhan dengan isterinya namun kata usahawan tersebut ia hanyalah ‘gaduh gaduh manja’ seperti lumrah dalam hubungan suami isteri yang lain.

Gaduh-gaduh manja itu betul. Masalah kecil sahaja, kami okay. Kami masih baik. Alhamdulillah, saya nak bawa isteri dan anak keluar.

Dalam pada itu, Nedim tidak menafikan bahawa dia dan Nora kini tinggal berasingan namun menambah ia gara-gara kediaman mereka masih belum siap diubah suai mengikut jadual yang ditetapkan.

Menerusi live tersebut juga Nedim meminta agar orang ramai tidak mengajukan apa-apa soalan lagi berkaitan rumah tangganya.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017. Pasangan itu dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl, 6.

nedim nora

nora nedim
8 months ago

Nora Danish Akui Rumah Tangga Sedang Bergolak, Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Nedim - “Bukan Sebab Orang Ketiga”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...