May 20th, 2020

Berkelakuan aneh dan berpakaian pelik, pelakon Iqram Dinzly sekali lagi curi tumpuan netizen apabila didakwa meniru gaya berunsur illuminati dan Freemanson.

iqram dinzly illuminati

Berkongsi beberapa keeping foto di laman Instagramnya hasil daripada IG live, beliau dilihat seakan mengangkat kedua-dua belah tangannya lalu membentuk simbol segi tiga.

Lebih mencurigakan, gaya tersebut juga turut terpahat nama Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan Nabi Adam AS.

Tindakan Iqram mencetus rasa kurang senang di kalangan pengikutnya. Malah ada yang mendakwa lambang berkenaan bermaksud syaitan.

Iqram bagaimanapun menyelar komen berkenaan dan masih teguh dengan pendiriannya.

Menjengah ke ruangan komen juga, ada dalam kalangan pengikutnya seakan mendakwa Iqram kini sudah terpesong daripada akidah Islam yang betul.

Namun sehingga hari ini, masih ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya motif pelakon ini berbuat demikian.

Sumber: Forum Cari


6 responses to ““Janganlah Buat Segi Tiga Macam Tu, Tak Baiklah” – Iqram Dinzly Didakwa Terpesong Lagi”

  1. Anonymous says:

    Kata Nabi siapa yg meniru atau menyerupai satu kaum itu maka ia tergolong dlm golng kaum itu.
    Kata Nabi lg d ahir zamn akan berlaku yg haq di anggab batil yg batil di anggab haq.

  2. ikan says:

    yang dok komen pun bajet bagus je. tak payah follow kan senang. ni dok follow tgk dia mental pastu join mental skali. bangang. kemain banyak lagi iklan kat beatifulnara ni. selang satu story ada 3 iklan nak scroll. bangang.

  3. pajura tuhak says:

    The next Azwan Ali, ni la masalah Pondan Tua so sad

  4. Anonymous says:

    Forgot to take medicine ? Somethings wrong already.

  5. Viro says:

    Begin lah lumrah hidup artis.. Bile dah x laku, dah x de job berlakon, trus sakit mental..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...