“Janganlah Ada Iri Hati, Kasihanilah Anak-Anak Mereka.” Ibu Syamsul Yusof Beri Komen Mengenai Isu Rumah Tangga Anak

Hiburan

“Janganlah Ada Iri Hati, Kasihanilah Anak-Anak Mereka.” Ibu Syamsul Yusof Beri Komen Mengenai Isu Rumah Tangga Anak

Ibu kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Datin Fatimah Ismail tampil memberikan sedikit komen mengenai kemelut yang melanda rumah tangga anaknya itu bersama pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Syamsul Yusof Puteri SarahSumber : Google  

Menurut Fatimah, Syamsul dan Sarah bukan tidak tinggal sebumbung tetapi menantunya itu tinggal bersama-sama dirinya untuk kala ini dan Syamsul sering mengunjungi isterinya itu di rumah keluarga.

Advertisement

Isteri kepada pengarah terkenal Datuk Yusuf Haslam itu berkata demikian ketika ditemubual oleh program hiburan Melodi, hari ini.

Menerusi wawancara itu, Datin Fatimah turut menitipkan pesanan buat individu tersebut agar segera bertaubat kepada Allah S.W.T.

View this post on Instagram

A post shared by patimahismail (@dpatimah012)

“Saya nak nasihatkan orang yang tak ingin melihat Syamsul dan isteri serta keluarganya bahagia itu, bertaubatlah. Kenapa mesti nak lakukan sesuatu yang boleh meruntuhkan masjid? Itu dosa besar. Janganlah ada iri hati. Kasihanilah anak-anak mereka.”

Tambahnya lagi, individu tersebut tahu siapakah gerangan diri mereka walaupun tidak didedahkan identiti sebenar kepada umum.

Dia dalam pada itu turut meminta peminat dan pengikut anak dan menantunya agar mendoakan kesejahteraan keluarga kecil tersebut.

Sarah yang turut berada di sisi ibu mertuanya pada sesi temubual berkata bahawa perpisahan sementara itu banyak mengajar dirinya untuk lebih matang dan sabar dalam membuat sesuatu keputusan.

“Anak-anak masih kecil, jadi kami tak nak terburu-buru membuat keputusan yang boleh merosakkan semua. Bagus juga dengan perpisahan sementara ini dan bukan perpisahan selama-lamanya. Sementara itu, kita boleh berfikir dan bermuhasabah diri. Kami sepakat untuk kembali bersama kerana anak-anak.”

“Tipulah kalau dah tak ada cinta kerana perasaan itu masih ada.” akhiri Puteri Sarah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...