“Jangan Viral Okay” – Didakwa Ludah Muka PA, Mak Wan Latah Mengaku Tak Bersalah

Hiburan

“Jangan Viral Okay” – Didakwa Ludah Muka PA, Mak Wan Latah Mengaku Tak Bersalah

Pelakon veteran Mak Wan Latah baru-baru ini terbabit konflik dengan pembantu peribadinya sehingga dikatakan melibatkan serangan fizikal antara satu sama lain.

Susulan kes tersebut, Mak Wan Latah atau nama sebenarnya, Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membangkitkan kemarahan dengan perbuatan meludah.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Mak Wan mengaku tidak bersalah dengan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya berkaitan kes berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon veteran itu didakwa meludah ke arah wanita yang dikenali sebagai Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dalam kejadian yang berlaku di Kampung Titi Kasai, Batu Kurau, kira-kira jam 7 malam pada 25 Jun lalu.

Sumber : Harian Metro 

 

Kesalahan itu dibaca mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, di mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100.

Pendakwaan berikut dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Taiping, Inspektor Khoo Thean Heng membenarkan tertuduh diikat jamin dengan RM1,000.

Peguam, T Selvadoray, dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) meminta mahkamah untuk mengurangkan jumlah jaminan atas sebab pendapatan dan status pelakon itu sebagai ibu tunggal kepada empat anak.

Selain itu, majistret menetapkan 5 September sebagai sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

5 bulan lalu

"Ya Saya Ada Pukul Dia" - Bekas PA Mengaku 'Naik Tangan' Lepas Kena Ludah Dengan Mak Wan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : hmetromy

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...