Jangan Upload Gambar Mengandung Di Media Sosial, Golongan Maiesiophilia Sedang “Memerhati”

Trending

Jangan Upload Gambar Mengandung Di Media Sosial, Golongan Maiesiophilia Sedang “Memerhati”

Selepas pedofilia, kini timbul pula ancaman serupa namun mensasarkan golongan wanita mengandung. Kerap kali kita melihat wanita-wanita mengandung memuat naik gambar ‘baby bump’ di media sosial, namun tidak menyedari bahawa ada golongan Maiesiophilia sedang ‘memerhati’.

Advertisement

Menurut laman Wikipedia, Maiesiophilia adalah gangguan seksual yang berupa ghairah seksual terhadap wanita-wanita mengandung. Golongan ini mudah tertarik pada wanita mengandung meskipun hanya sekadar melihat gambar sahaja yang membuatkan mereka berfantasi secara melampau.

Bahia Khalid, berkongsikan kisah kawannya yang pernah menjadi mangsa golongan maiesiophilia di laman Facebook.

“Beberapa tahun lalu, kawan saya yang sedang mengandung memuat naik gambarnya memakai jubah menutup aurat apa semua, sebab normal dan happy seperti orang biasa.

“Kemudian kawan dia pula terjumpa gambar dia di dalam sebuah laman Facebook ‘Wanita Mengandung’ (page Melayu). Tetapi semua komen-komen di ruangan komen gambar itu semuanya komen lucah dari netizen lelaki.

“Dia tidak tahu siapa musuh dalam selimut telah mencuri gambarnya itu. Dia terus minta orang ramai melaporkan laman Facebook itu dan block,” kata Bahia Khalid.

Golongan wanita mengandung dinasihatkan untuk tidak memuat naik gambar ‘selfie’ perut mengandung dengan pakaian ketat sehingga menampakkan perut dan jelas sekali menunjukkan aurat.

Perempuan mengandung nampak seksi di mata lelaki. Jadi, elakkan muat naik gambar-gambar sedemikian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...