“Jangan Tunggu Lama Untuk ‘Halau’ Mereka” – Izwan Azir Saleh Titip Pesanan Isu Artis Biadap Di TV

Hiburan

“Jangan Tunggu Lama Untuk ‘Halau’ Mereka” – Izwan Azir Saleh Titip Pesanan Isu Artis Biadap Di TV

Kecoh seketika di media sosial berkenaan isu penyanyi Hattan yang didakwa biadap terhadap hos TV ketika diminta untuk mengulas mengenai lagu-lagu XPDC yang dikatakan penuh makna mendalam.

Berikutan itu, DJ dan personaliti TV, Izwan Azir Saleh tampil menitipkan beberapa pesanan buat hos radio dan TV serta penyampai berita di luar sana yang mungkin terkesan dengan isu tersebut.

Advertisement

Tolong tanam falsafah ini di dalam diri kita. Program yang kita ‘hoskan’ adalah ‘rumah kita’. Mereka yang dijemput masuk ke dalam ruang kita adalah ‘tetamu’..

..dan jika mereka biadap, jangan tunggu lama untuk ‘halau’ mereka daripada ‘rumah’ kita.

Titipan pesanan itu dilontarkan Izwan menerusi beberapa ciapan di Twitter miliknya semalam.

Malah, dia turut berkongsi pengalaman serupa dengan pengacara TV wanita malang itu.

“Seorang bekas menteri pernah sound saya begitu di hadapan seorang bekas Perdana Menteri. Ketika itu dia hanya seorang Timbalan Menteri. Saya jawab dengan dia, saya hormat dato tapi dato tolong jangan cross the line dengan masuk campur dalam tugas saya” cerita Izwan.

@salimey1

Interview live di Astro Awani Berita 501 sebentar tadi, Dato Hattan di temuramah oleh Penyampai berita Astro Awani. WAA : Lirik-lirik lagu-lagu XPDC ini orang kata sangat² makan dalam Dato, apa yang Dato boleh kongsikan DH : Lagu² XPDC banyak di tulis….awak tau tak tau dia punya sejarah ni… WAA : Mungkin Dato boleh ceritakan… DH : U buat kajian ke tak buat kajian ni WAA : heheehhh…silakan Dato.. DH : Dia bukan Mael yang tulis lirik, yang banyak buat lirik untuk XPDC Allahyarham jugak siapa dia kalau u tahu… WAA : Saari Amri… DH : Apa la u ni… WAA : Saari Amri Dato…(penuh confidence) DH : Apa ni u panggil orang yang tahu interview saya laa…apa la u..tak buat homework ke interview pasal mael…. WAA : J.S Kevin datooo.. DH : Haaa baru la betul ada lak Saari Amri, Saari Amri Ukays adoii.. Ni la akibatnya bila interview live wartawan tidak melakukan kajian sebelum menemu bual dengan lagenda rock tanahair Dato Hattan. Saari Amri Mael XPDC Official Astro AWANI #maelxpdc #fyp #fyp? #astroawani @datohattan @saariamriofficial @xpdc_official_kitapengyu #fyp??viral

? original sound – Salimey Abu Bakar – Salimey Abu Bakar

Terdahulu, penyanyi lagu Rendang Tidak Berbuah itu dikecam hebat netizen di media sosial gara-gara tindakannya yang menempelak hos berita sebuah stesen TV ketika siaran langsung.

hattan sound wartawan
12 months ago

"Berbudi Bahasa Sikitlah, Kurang Ajar Betul!" - 'Sound' Wartawan Secara 'Live' Sampai Terkedu, Hattan Dilabel 'Acah Bagus'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...