Trend pelaburan di Malaysia mula menunjukkan peningkatan positif seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Di pasaran, platform pelaburan mula mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan mengikut niche portfolio yang diinginkan pengguna.
Tapi portfolio pelaburan apa yang stabil dan menjanjikan keuntungan pada masa depan?
Berbicara soal pelaburan, dalam episod terbaru siniar Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan sempat membicarakan tentang peningkatan harga emas dipasaran, selain mengulas tentang panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadah atau majlis perayaan penganut agama lain, pajakan helikopter serta rancangan Trump terhadap Gaza.
Pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), KJ berkongsi tentang pengalamannya melihat bagaimana usahawan yang menjual emas, terutamanya di kawasan Pantai Timur dan Utara Malaysia, terus berkembang kerana masyarakat di sana masih mempercayai emas sebagai pelaburan yang lebih selamat berbanding aset lain.
Kenapa Emas Jadi Pilihan Pelabur?
Pelaburan emas sebenarnya bukan sekadar trend, tetapi satu strategi bijak untuk mengekalkan nilai kekayaan. Salah satu faktor utama emas menjadi pilihan pelabur adalah kerana sifatnya yang tidak terjejas oleh ketidaktentuan ekonomi.
Emas sering dianggap sebagai “safe haven asset” kerana nilainya lebih stabil berbanding mata wang yang boleh terkesan dengan inflasi dan ketidaktentuan pasaran. Dalam keadaan di mana ekonomi global berada dalam situasi yang tidak menentu, ramai pelabur mula beralih kepada emas sebagai langkah perlindungan daripada kejatuhan mata wang.
Menurut KJ, keadaan geopolitik dunia juga memainkan peranan besar dalam menentukan harga emas. Contohnya, apabila terdapat ketegangan politik seperti perang perdagangan antara AS dan China atau konflik di Timur Tengah, harga emas akan meningkat kerana ramai pelabur melihat emas sebagai aset perlindungan.
Dengan kembalinya Donald Trump ke arena politik AS, dijangka harga emas akan terus melonjak kerana ketidakpastian dasar ekonomi yang akan diperkenalkan.
Selain itu, bank pusat di seluruh dunia kini semakin giat mengumpul emas, yang secara tidak langsung meningkatkan permintaan dan harga emas di pasaran. Ini menunjukkan bahawa
emas bukan sahaja menjadi pilihan individu tetapi juga pelabur institusi yang ingin memastikan kestabilan nilai kekayaan mereka.
Emas vs Tunai: Mana Lebih Berbaloi?
Ramai yang masih menyimpan kekayaan dalam bentuk tunai, tetapi hakikatnya tunai semakin susut nilai akibat inflasi. Setiap tahun, nilai wang semakin berkurang berbanding kos barangan yang semakin meningkat. Sebaliknya, emas telah terbukti mengekalkan nilainya sejak beribu tahun lalu.
Jika anda menyimpan RM10,000 dalam bentuk tunai, lima tahun akan datang kuasa beli wang itu mungkin lebih rendah. Namun, jika anda melaburkan jumlah yang sama dalam emas, ia berpotensi meningkat nilainya seiring dengan kenaikan harga emas di pasaran.
Shahril tidak terlepas menekankan tentang kelebihan emas yang berfungsi sebagai pelindung nilai terhadap inflasi. Dengan kata lain, jika nilai wang semakin jatuh, emas akan membantu memastikan kuasa beli anda tidak terjejas.
Mudahnya Melabur Emas Dengan Bursa Gold Dinar
Nak buat pelaburan emas, tapi tak tau nak mula dari mana?
Pelaburan emas jadi lebih mudah dengan platform Bursa Gold Dinar. Dengan hanya RM10, anda sudah boleh memiliki emas secara digital.
Bursa Gold Dinar merupakan sebuah platform dari Bursa Malaysia untuk anda jual beli emas 999.9/24k secara digital. Anda juga boleh menebus emas dalam bentuk dinar emas secara fizikal.
Apa yang lebih menarik, pengguna Bursa Gold Dinar kini boleh mendapatkan 0.03 gram emas percuma dengan menggunakan kod promo BGDXKS apabila membuat pembelian pertama bernilai sekurang-kurangnya RM100.
Nak tahu cara mudah untuk dapat emas percuma dengan Bursa Gold Dinar? Ikuti langkah berikut:
Langkah 1: Muat turun aplikasi Bursa Gold Dinar di Google Playstore atau Apple App Store.
Langkah 2: Daftar akaun baru.
Langkah 3: Masukkan kod promo BGDXKS
Langkah 4: Lakukan pembelian emas bernilai RM100.
Selepas mengikuti langkah mudah ini, anda akan menerima 0.03 gram emas selewat-lewatnya dalam 24 jam.. Promosi ini akan berjalan sementara stok masih ada dan terhad kepada 10,000 pelanggan baharu sahaja.
Jangan Tunggu Lagi, Labur Dalam Emas Hari Ini!
Dengan kenaikan harga emas yang semakin meningkat dan permintaan yang tinggi di peringkat global, sekarang adalah masa yang terbaik untuk mula melabur dalam emas.
Jadi, tunggu apa lagi? Mulakan pelaburan emas anda sekarang dengan Bursa Gold Dinar dan nikmati kelebihan pelaburan yang selamat dan menguntungkan! Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi Bursa Gold Dinar atau ikuti media sosial Bursa Malaysia di Facebook dan Instagram.
Terma & Syarat:
- Hanya untuk pengguna baharu Bursa Gold Dinar sahaja.
- Sah dari 13 Feb 2025 sehingga 31 Mei 2025.
- Tidak terpakai untuk urus niaga Exchange.