Didapati bersalah berkahwin tanpa kebenaran oleh mahkamah semalam, Aeril Zafrel telah memberikan nasihat kepada masyarakat di luar sana untuk tidak meniru perbuatannya itu. Malah Aeril juga mengakui apa yang dilakukan olehnya dan Wawa Zainal adalah satu kesilapan. Keputusan bernikah tanpa kebenaran bukan saja menyalahi undang-undang, malah menimbulkan fitnah dan kontroversi terhadap pasangan ini.
Kata Aeril menerusi Harian Metro hari ini:-
Apa yang kami lakukan ini tidak seharusnya ditiru sembarangan oleh masyarakat. Kami ambil keputusan itu dulu ada banyak sebab dan faktor tanpa kami sedar ia mengundang masalah lain. Kami sudah melakkan kesilapan dan menerima hukuman daripada kesilapan itu. Saya harap apa yang terjadi pada kami ini dijadikan pengajaran kepada semua.
Saya dan Wawa bersyukur kerana keputusan mahkamah yang adil dan bertimbang rasa terhadap kesalahan yang kami lakukan. Malah, kami juga ucapkan terima kasih kepada sebahagian rakan media yang memahami isu itu dan secara tidak langsung membantu menjernihkan perkara ini daripada melarat.
Untuk makluman, Aeril telah didenda RM1,000 dan Wawa Zainal telah didenda RM8000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Subang Bestari. Sekiranya gagal membayar denda tersebut, mereka berdua boleh dipenjara selama 2 bulan dan 40 hari. Semoga kejadian ini dijadikan pengajaran dan tidak ditiru oleh mana-mana pihak.