Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Jangan Tiru Aksi Ini!” Cium Kaki Lelaki, Babak Lakonan Ellie Suriaty Dalam ‘Ayat Dari Langit’ Curi Tumpuan Ramai

Ellie Suriaty

Semalam agak tular di media sosial apabila babak lakonan pelakon terkenal, Ellie Suriaty menjirus dan mencium kaki seorang lelaki menjadi tumpuan ramai di media sosial.

Aksi tersebut difahamkan merupakan babak daripada telefilem terbaharu lakonannya yang berjudul Ayat Dari Langit arahan pengarah Rashid Sibir.

Advertisement

Sedutan filem tersebut ternyata telah menjadi bualan netizen dan ada juga yang memuji kehebatan Ellie yang tidak kisah melakukan aksi tersebut meskipun ada yang beranggapan ianya jijik dan sebagainya.

Selain adegan mencium kaki itu, dialog menghalalkan zina antara Ellie dan Puteri Sarah Liyana turut menjadi perdebatan antara pengguna media sosial.

Beberapa adegan tersebut telah dikongsikan oleh Bambam Studios menerusi beberapa hantaran di Instagramnya untuk tatapan peminat dan pengikut drama tempatan.

Advertisement

Selain Ellie, telefilem tersebut turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Adlin Aman Ramlie, Kodi Rasheed, Rahim Jailani, Ismail Yaakob dan ramai lagi.

Ianya bakal menemui penonton pada hari ini (Sabtu, 17 April 2021) jam 9 malam di saluran Astro Citra.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    April 22, 2021 at 2:59 pm

    Kne pandai beza gross tolerance power yg pelakon baru x boleh buat VS batas agama yang pelakon baru nak jaga. Bukan shj pelakon baru, pelakon lama pon ramai yg x nak buat sebab nk jaga batasan agama. Berlakon x salah, tp jgn langgar batasan agama. Ini dah mlampau kire cabar agama ni bukannya legend atau pelakon hebat. Ini die sapu sanggup buat sbb dah x de job. SO KENE PANDAI BEZA!!! Lepas ni kalau die berlakon menari bogel pon orang yg bodoh akan cakap woowww elly suriati pelakon hebat boleh bawak watak penari bogel.

  2. anonymous

    April 20, 2021 at 4:39 pm

    elie memang pelakun hebat berani tiada tandingan setakat ini,bagi apa watak semua hidup.Legend

  3. tecit

    April 19, 2021 at 11:29 am

    perghhhhh. mmg xboleh bg ank2 tgk nihh. kang satu scene jenuh nk explain.. kene pause2 plakk. tgk diam2 sorg2 time bdk2 tido lahh.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama