“Jangan Tinggalkan Anak Walau Satu Saat”, Ini Tips Untuk Elakkan Anak Lemas Semasa Berenang

Kehidupan

“Jangan Tinggalkan Anak Walau Satu Saat”, Ini Tips Untuk Elakkan Anak Lemas Semasa Berenang

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita seorang kanak-kanak berusia 4 tahun ditemui mati lemas di sebuah taman tema air. Menurut Metro, mangsa sekeluarga bercuti di taman tema air itu sebelum mangsa ditemui lemas oleh pengunjung di situ.

Dia memang sudah lama berhajat mahu main di taman tema air dan kami ke situ tanpa memberitahunya kerana mahu membuat kejutan, malangnya lain pula yang berlaku.

Advertisement

mangsa mati lemas
Mangsa yang sememangnya sudah lama berhajat untuk main di taman tema air mendapat kejutan itu dari keluarganya sebelum insiden meragut nyawa itu berlaku.

Kejadian lemas memang sering berlaku lagi-lagi pada golongan kanak-kanak. Walaupun berada dalam pengawasan orang dewasa, kejadian ini pasti tidak dapat dielakkan. Di sini kami kongsikan tips untuk mengelakkan kejadian lemas berlaku pada anak anda.

Jangan tinggalkan anak tanpa pengawasan

Ini mungkin dianggap sebagai perkara remeh tetapi ini lah perkara paling penting sekali. Sentiasa berada bersama anak-anak ketika di kolam renang. Jika anda ingin meninggalkan kolam renang, bawa sekali anak-anak dan jangan fikir akan ada orang lain yang akan memerhati mereka.

kanak-kanak perempuan

Awasi kawasan berbahaya

Orang dewasa perlu memastikan kawasan berbahaya seperti kawasan licin, kolam yang dalam, keadaan mozek yang dah pecah untuk pemerhatian lebih. Kawasan seperti ini memerlukan pemantauan lebih kerana lebih berisiko untuk kemalangan.

Yang penting, jangan ambil sambil lewa pada kawasan yang cenderung untuk berlaku kemalangan semasa berenang.

Pelampung tidak menjamin keselamatan

pelampung
Ini salah satu kesilapan mudah yang boleh berlaku pada anak-anak anda. Ramai yang anggap pakai pelampung lebih selamat tetapi itu tidak bermaksud ibu bapa boleh tinggalkan anak begitu sahaja.

Kadang kala pelampung boleh terlepas jauh dari anak anda dan mendatangkan risiko lemas. Lagi-lagi jika anak anda tidak tahu untuk berenang. Jadi, walaupun sudah diberikan pelampung, pantau anak anda setiap masa.

Jangan simpan benda penting di dalam poket

Ini peringatan untuk orang dewasa supaya sentiasa bersedia untuk apa jua situasi. Jika berlaku kejadian lemas, ibu bapa sudah bersiap sedia untuk terjun ke dalam kolam bagi menyelamatkan anak anda.

Sebaiknya jangan simpan telefon bimbit atau barangan elektronik lain di dalam poket semasa anak sedang berenang. Anda pun dapat jimatkan masa dan terus terjun ke kolam untuk menyelamat.

Yang paling penting, jangan panik!

kanak kanak lemas
Dalam apa juga situasi kecemasan, ini perkara paling penting sekali yang anda perlu buat pertama sekali. Bukan sahaja anda akan melambatkan masa tetapi mangsa juga akan bertambah panik kerana anda.

Kalau anda panik, badan jadi tak berfungsi dan otak anda akan pening nak buat langkah-langkah apa seterusnya. Kalau tak panik, within less 1 second.. anda tahu nak buat apa. Otak anda tahu untuk menganalisa dan melakukan langkah-langkah seterusnya.

Jadi diharapkan perkongsian kali ini dapat membantu ibu bapa memantau anak-anak dengan lebih baik. Yang penting, perlu sentiasa berwaspada untuk elakkan kejadian buruk berlaku.

Sumber: The Asian Parent, Nurussalamaziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...