Jangan Tidur Lagi Ekploitasi Kanak-Kanak

Hiburan

Jangan Tidur Lagi Ekploitasi Kanak-Kanak

Abang Nara dah lama rasa tidak senang dengan program Jangan Tidur Lagi yang menggunakan kanak-kanak sebagai pengacara jemputan. Mula-mula Abang Nara ingat Abang Nara sorang je yang meluat. Namun semalam, ada sepucuk email yang Abang Nara terima yang menyatakan ketidaksenangannya juga terhadap program ini.

jangan tidur lagi

Advertisement

Berikut ialah email yang dikirim oleh pembaca tersebut:-

Assalamualaikum wrt wbt.

Dear Abang Nara,

Saya baru sahaja pulang ke tanah air untuk bercuti dari pengajian saya di Australia. Kelmarin saya berpeluang menonton program Jangan Tidur Lagi di TV3. Saya sangat terkejut apabila dua orang kanak-kanak bawah umur telah ditampilkan di dalam program tersebut sebagai pengacara bersama Adlin Aman Ramli. Saya mengakui kanak-kanak tersebut sangat berbakat dan petah ketika berbicara. Tetapi pada pendapat saya kanak-kanak tersebut sangat kurang sesuai dijadikan pengacara bersama dalam program tersebut.

 

Kanak-kanak tersebut telah menjalankan sesi temubual kepada artis jemputan dengan bergaya seperti orang dewasa, menggunakan bahasa orang dewasa,

membincangkan tajuk perbualan orang dewasa malahan terdapat soalan-soalan berunsur gossip dan hiburan yang tidak membangunkan minda kanak-kanak terbabit.

 

Menjadi kegusaran adalah kanak-kanak lain akan cenderung untuk menonton rancangan tersebut dan meniru pengacara kanak-kanak tadi. Ibu bapa yang perihatin tentu gusar dengan keadaan ini.

 

Rancangan itu juga bersiaran setiap hari Ahad pada pukul 11.00 malam dan keesokkan harinya adalah hari bersekolah. Jika ada kanak-kanak yang sudah takjub dengan pengacara cilik itu tadi tentu tidak melepaskan peluang untuk menonton rancangan tersebut dan mereka akan tidur lewat.

 

Benar ibubapa bertanggungjawab untuk mengawal tingkah laku dan aktiviti anak-anak. Tetapi pihak stesen televisyen juga ada tanggungjawab sosial yang perlu mereka patuhi dan menjadi anggota masyarakat yang prihatin.

 

Kita telah terbeban dengan pelbagai cabaran dan masalah sosial. Hiburan berlebihan, gaya fesyen yang keterlaluan dan perlakuan sesetengah artis yang melampaui batas, jadi tidak perlulah stesyen televisyen menambah lagi cabaran-cabaran tersebut dengan membabitkan kanak-kanak pula dalam rancangan hiburan orang dewasa. Secara rasionalnya apakah keperluan pengacara kanak-kanak terbabit dalam rancangan tersebut?

 

Apakah kebaikkan dan faedahnya untuk pengacara kanak-kanak tersebut atau kanak-kanak yang menonton? Kanak-kanak ini umpama “sponge” menyerap segala apa dipersekitarannya. Jika hiburan dan dunia artis yang kita suapkan dalam minda mereka maka hiburan dan dunia artislah yang menjadi keutamaan mereka.

 

Kalau saya katakan kita terlalu mencontohi barat melebihkan hiburan dan artis, rasanya sangat tidak adil bagi negara barat kerana seteruk-teruk mereka saya tidak pernah menonton kanak-kanak Australia khususnya menjadi pengacara rancangan hiburan orang dewasa! Jangan kita membiarkan kanak-kanak ini terus menjadi orang dewasa sebelum waktunya.

 

Mereka masih belum kenal baik dan buruk maka kita yang perlu membimbing mereka. Jangan exploitasi kanak-kanak Malaysia. They are our future!

 

Saya prihatin. Anda bagaimana?

 

p/s: Abang Nara my email address is private. Please do not attach my email address if you are interested to publish my email to your blog. I hope we are care enough about our future generation. Thank you.

Abang Nara pasti ramai lagi yang tidak berpuas hati dengan penggunaan pengacara kanak-kanak dalam program Jangan Tidur Lagi ini. Sila luahkan pendapat anda. Mana tahu ada orang TV3 yang baca blog ini dan ada tindakan yang boleh diambil oleh mereka untuk membetulkan keadaan.

P.S: 13 seni mangkuk tandas yang kreatif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

233 Comments

  1. mushi

    February 18, 2012 at 7:03 pm

    lg lg bdak kecik laki tu, cakap macam joyahh, padahal yg tua yang mengajarr!

  2. Tina turner

    February 18, 2012 at 10:41 am

    Maka…. Betollah apa yang dang suria ckp ari tu. X hensem n x cantik xley jd pengacara. Sudah terbukti di atas rata2 komen x suka budak2 dua ekor tu walaupun x disebut pada rupa fizikal diorg. Rata2 ckp diorg mulut laser n x sesuai dgn umur la etc.. Aku rase if letak mia jd pengacara ramai yg suke giler kot.. Tahniah la dang suria walaupon ko poyo perasan bagus tp ko telah buktikan kebanyakan rakyat malaysia mmg pandang fizikal 1st..

  3. lady diana

    February 18, 2012 at 3:16 am

    tau xpe.. aku pn ckup mnyirap tgk bdk 2 org nie.. da la kecik lg, tp mulut mcm owg tua.. rase mcm nk lempang jek.. mmg x bkenan lgsg… kesian la ko adli.. ape yg ko wat sume x mjadi.. makin org mnyampah ada r..

  4. zarith

    February 17, 2012 at 11:56 pm

    pertama kali memberi respon di website BN ni. Issue ini sgt menarik untuk di beri komen. Saya sudah beberapa kali tertengok rancangan “jangan tidur lagi” dan sngat2 rasa tidak tertarik dengan segmen budak2 menjadi pengacara. Sudahlah budak2 dieksploitasikan. Bahasa2 yg di gunakan tidak sesuai langsung dengan mereka. issue nya pula issue gosip yg tidak seharusnya budak2 ambil tahu. tidak ada baiknya disitu. kadang kala..sy juga perhatikan…budak2 ini semacam kurang ajar dalam berbicara dengan org yg lebih tua dari mereka. hari ini mungkin boleh saja mereka2 ini gelak2. tapi kalau sikap dan cara ini berterusan dan terus tertanam dalam minda dan perilaku budak2 ini…apabila sudah besar akan jadi meluat pula kita lihat. tidak tahu hormat org. bercakap tidak berpikir panjang. Jadi elok hentikan sajelah segmen yg bagi saya segmen yg tidak mendatangkan apa2 faedah baik utk penonto, artis yg datang, pengacara dan terutama sekali budak2 tersebut. malah segmen tersebut silap2 boleh mmberi kesan buruk kepada kanak2 yg terlibat. pihak TV3 sepatutnya sedar akan kesilapan besar semacam ini. walaupun ia cuma sebuah rancangan gosip artis, jangan pula di calar dengan segmen yg ntah ape2 semcm itu. sudahlah tidak mendidik ape2…tambah pula dgn segmen yg tak berguna dan rata2 penonton meluat melihatnya. huh! mmg meluat tgk gaya dan bahasa kanak2 itu.

  5. fiza

    February 17, 2012 at 9:54 pm

    sedih tgk budak2 malaysia cm gitu rupenye.. kalo jd cm Junior Mastercef kan bagus..ni?! huhu.. mmg takde maruah

Loading...