“Jangan Terus Berspekulasi Mengenai Kes Adik Zara , Sebab Ada ‘Plot Twist'”- Fairuz Al-Jengkawi

Kehidupan

“Jangan Terus Berspekulasi Mengenai Kes Adik Zara , Sebab Ada ‘Plot Twist'”- Fairuz Al-Jengkawi

Pendakwah bebas dan pempengaruh media sosial, Akhi Fairuz Al-Jengkawi tampil memberi kenyataan ringkas berhubung kes tular berkaitan seorang pelajar dikenali sebagai Zara yang telah menarik perhatian ramai netizen kebelakangan ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook yang meraih lebih 5,000 tanda suka, beliau menyatakan bahawa beliau telah mendapat pencerahan berhubung kes tersebut, namun tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat lanjut memandangkan ia kini merupakan kes siasatan polis.

Advertisement

akhi fairuz

Saya ulang kembali kenyataan pihak polis dan YB Menteri Fadhlina Sidek, jangan terus berspekulasi! Khuatir nanti bila ada plot twist (ya, memang ada), ada yang tak boleh terima.

Hantaran tersebut turut menggesa orang ramai untuk menunggu perkembangan rasmi daripada pihak berkuasa dan mengelakkan daripada menyebarkan andaian atau maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan masyarakat.

Walaupun mesej tersebut berbentuk peringatan, ruangan komen memperlihatkan pelbagai reaksi. Ada yang menyokong niatnya, namun tidak kurang juga yang mempertikaikan relevansi dan waktu hantaran itu dibuat.

Kes ini dijangka akan terus menjadi tumpuan umum dan perincian lanjut hanya akan diketahui selepas siasatan polis selesai sepenuhnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fadhlina sidek nafi tak buat apa-apa berkaitan kes adik zara
2025-07-30 12:38:05

"Berhentilah Fitnah Saya Tak Buat Apa-Apa Berkenaan Kes Adik Zara" - Fadhlina Sidek

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...