Umum sedia tahu ‘influencer‘ terkenal dari negara jiran Indonesia, Lucinta Luna baru-baru ini kerap melakukan pembedahan plastik pada bahagian muka.
Sebelum ini dia pernah mengaku bahawa dirinya seiras dengan salah seorang ahli kumpulan Blackpink, Lisa tapi kali ini dia mendakwa bahawa wajah baharunya akan kelihatan seperti Jisoo pula.
Nanti kalau semuanya sudah semakin pulih, harap semuanya jangan terperanjat jika wajah saya mirip Jisoo Blackpink”
Lucinta juga berjanji kepada pengikut-pengikutnya akan menunjukkan hasil selepas luka pembedahan telah baik dan kering.
Dalam pada itu, Lucinta sempat menerangkan bahawa luka jahitan pada bahagian hidung dan rahang masih belum pulih sepenuhnya dalam entrinya di Instagram.
Terdahulu, Lucinta Luna menjalani pembedahan membuang halkum sebagai demi kelihatan cantik seperti wanita sebenar.