Jangan Terlepas Pandang Nombor 2 Tu!

Branded

Jangan Terlepas Pandang Nombor 2 Tu!

“Hmmm banyaknya kena potong KWSP ni”

Copp.. Copp… Siapa dekat sini yang dah bekerja dan selalu ingat potongan KWSP ni membebankan? Buang mindset tu~

KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu anda menyimpan untuk hari tua.

Jika dilihat untuk jangka masa yang panjang, KWSP merupakan satu pelaburan yang sangat menguntungkan kerana bukan hanya anda yang mencarum setiap bulan, malah majikan turut diwajibkan untuk menyumbang kepada akaun KWSP anda juga tau!

Tapi adakah anda tahu, ramai yang belum peka dengan 2 perkara ini. Apa dia agaknya tu?

Perkara 1 | Orang tiada majikan pun boleh simpan dengan KWSP!

KWSP

Penghantar makanan, suri rumah, peniaga atas talian di rumah pun boleh simpan dengan KWSP tau. Macam mana? Melalui i-Saraan

Apa yang best dengan i-Saraan ni adalah anda boleh simpan pada bila-bila masa dan berapa-berapa saja jumlah mengikut kemampuan anda. 

Pada masa sama, anda akan dapat 15% tambahan daripada kerajaan atau maksima RM250 setahun yang mana tambahan ini akan dimasukkan terus ke akaun KWSP anda! 

Selain itu, simpanan di KWSP ini dijamin oleh kerajaan dengan pulangan sekurang-kurangnya 2.5% setahun tau. 

Jadi sangat rugi buat mereka yang bekerja sendiri dan masih tidak menyimpan dengan KWSP.

Selain simpanan untuk hari tua, terdapat beberapa lagi produk di bawah KWSP yang best-best yang anda boleh cuba!

Pertama adalah i-Invest, yang merupakan satu platform dalam talian yang membolehkan anda mengembangkan lagi simpanan dalam Akaun 1 KWSP. 

Kedua adalah i-Lindung, sebuah platform layan diri dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.

Perkara 2 | Kemas kini Penama KWSP

KWSP

Pernah tak anda dengar kes di mana waris pencarum tidak dapat mengeluarkan caruman kerana pencarum (si mati) tidak mengemas kini penama KWSP mereka?

Bagi anda yang merupakan pencarum KWSP, semak balik jika anda telah mengemas kini penamaan KWSP bagi memastikan wang anda dapat diuruskan dengan baik dan tanpa sebarang masalah oleh waris yang dilantik.

Nak mengemas kini penama KWSP ni mudah saja tau, terdapat 2 cara iaitu dengan mengisi borang di kaunter atau secara dalam talian.

Mendaftarkan penama haruslah dilakukan SENDIRI oleh pencarum, anda boleh rujuk Borang KWSP 4 untuk pendaftaran di kaunter. 

KWSP

Individu yang diletakkan sebagai penama mestilah memenuhi syarat berikut:

1. Bagi yang Islam – menamakan mana-mana individu sebagai penama yang bertindak selaku wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk menguruskan pengeluaran dan pembahagian simpanan KWSP ahli mengikut Undang – Undang Islam

2. Bagi bukan Islam – menamakan mana-mana individu sebagai benefisiari yang berhak menerima simpanan ahli.

3. Pencarum (Islam dan Bukan Islam) boleh melantik Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai penama dimana ARB akan menguruskan 100% harta tersebut.

KWSP

Selain mengisi borang fizikal, anda juga sebenarnya boleh membuat permohonan penama KWSP secara dalam talian:

Langkah 1: Log masuk i-Akaun

Langkah 2: Pilih daftar penamaan

Langkah 3: Kunci masuk maklumat penamaan 

Langkah 4: Hantar permohonan (ahli akan menerima mesej dalam tempoh 90 hari untuk hadir ke pejabat KWSP)

Langkah 5: Pengecaman ibu jari di KWSP

Langkah 6: Penamaan bermula.

Maklumat lanjut anda boleh layari, https://www.kwsp.gov.my/ms/member/nomination.

INGAT!!!

Jangan serahkan bulat-bulat tentang KWSP kepada majikan jika mereka beritahu akan buka akaun untuk anda. Sentiasa semak baki caruman semasa anda (sekurang-kurangnya 2 kali setahun) di i-Akaun untuk elakkan sebarang penipuan caruman. 

Paling penting, jangan lupa letakkan penama untuk akaun anda, kerana malang tidak berbau. 

Kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan terjadi pada diri kita kelak. Dengan meletakkan seorang penama, individu yang dilantik diharap dapat menguruskan peninggalan kita dengan sebaiknya.

Maklumat lanjut mengenai KWSP serta produk yang ditawarkan, layari https://www.kwsp.gov.my/.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...