Melalui platform TikTok, tular satu video yang memaparkan pempengaruh dan usahawan berjaya, Khairul Aming memaklumkan dirinya akan tolak review makanan yang tidak sedap kerana pentingkan keberkatan dalam perniagaan.
Bersikap jujur apabila berniaga
Kata Khairul Aming atau dikenali sebagai KA, kejujuran semasa berniaga merupakan salah satu kunci kejayaan sebagai seorang usahawan.
Orang duk fikir macam murahnya rezeki Khairul Aming, apalah amalannya sebenarnya bagi saya bukan complicated pun. Yang penting kita jangan terlepas pandang benda-benda penting macam keberkatan.
@hasyahassannow aku tahu apa penyebab dia berjaya,sebab dia jaga keberkatan dalam PERNIAGAAN nya.Semoga kita para peniaga dapat jaga benda ni. Jangan aniaya orang bila kita berniaga.Kalau tak ok,Tayah review.Kesian pada yang membeli nanti.
Dalam pada masa yang sama, usahawan asal daripada Kelantan itu turut menasihati untuk pentingkan kebajikan pekerja dan menjaga integriti dalam menjalankan tanggungjawab.
Maksud saya contoh, kita duk amalkan doa nak simpan berjuta-juta tapi dalam berniaga kita tipu orang, menzalimi staf, tak bayar duit orang, curi atau khianat orang jadi tak boleh.
Netizen setuju dengan KA, influencer perlu lebih jujur
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen setuju dengan pandangan KA mengenai bersikap jujur apabila melakukan sesebuah pekerjaan.
Netizen berpendapat seorang peniaga atau influencer perlu bersikap jujur serta amanah apabila mengulas sesebuah produk supaya kualiti barang yang diterima sesuai dengan harga yang diletakkan.