“Jangan Terlampau Ikut Emosi” – Isu Perkauman & Peristiwa 13 Mei Dibangkitkan, Daiyan Trisha Beri Pesanan Kepada Gen Z

Hiburan

“Jangan Terlampau Ikut Emosi” – Isu Perkauman & Peristiwa 13 Mei Dibangkitkan, Daiyan Trisha Beri Pesanan Kepada Gen Z

Isu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih lagi menjadi tumpuan rakyat Malaysia sehingga sekarang kerana bakal Perdana Menteri ke-10 masih lagi belum ditentukan.

Dalam pada itu, ada juga segelintir pihak yang risau dengan isu perkauman dan bimbang peristiwa 13 Mei mungkin akan kembali terjadi sekiranya kuasa memerinta jatuh di tangan yang salah.

Advertisement

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha yang mengingatkan generasi muda untuk tidak mudah terpengaruh dengan sentimen-sentimen perkauman dan ekstremism yang disebarkan melalui media sosial.

Daiyan juga menasihatkan agar menggunakan logik akal untuk berfikir sebelum mengulas lebih lanjut tentang isu-isu yang diperhebohkan.

Salam adik-adik, saya tahu sangat senang untuk kita scroll TikTok dan telan sahaja sentimen-sentimen perkauman dan mesej ekstremism yang sedang berleluasa di FYP anda.

 

Sebelum kita percaya bulat-bulat, saya nak ingatkan yang kita semua ada otak dan logik akal untuk berfikir. Gunakan adik-adik sayang sekalian.

 

Internet ada, buku ada. Research, baca, belajar. Cari fakta. Kalau kita boleh type comment yang tiada berasas, kita juga boleh type di ruangan Google, ataupun bertanya orang yang lebih tahu tentang isu-isu yang sedang diperhebohkan.

Sementara itu, Daiyan sempat menitipkan kata-kata nasihat kepada generasi muda untuk tidak mudah percaya segala perkara yang dilontarkan oleh media serta tidak memandang ringan isu yang sensitif di negara ini.

Jangan jadi manusia yang sangat senang termakan dan percaya dengan apa-apa sahaja yang disuap media. Kita lebih baik daripada itu.

 

Jangan pandang remeh isu yang sensitif. Jangan terlampau ikut emosi tanpa mendalami situasi sebenar yang terjadi. Buka mata dan minda anda. Kita harus pandang ke depan supaya apa-apa masalah dapat diatasi dan bukan diulangi.

Daiyan juga berharap agar mereka di luar sana bersikap rasional dan berfikir panjang sebelum berkata-kata demi keselamatan dan kesejahteraan Malaysia.

Daiyan Trisha seksi
2 years ago

"Makin Menjadi-Jadi Lepas Balik Umrah" - Baju Ketat & 'Pose' Mendada, Daiyan Trisha Dikritik Teruk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...