December 21st, 2015

Lara Alana dan Aaisyah Dhia Rana adalah 2 anak selebriti kegemaran ramai. Lara Alana adalah anak kepada Awal Ashaari & Scha Al Yahya sementara Aaisyah pula adalah cahaya mata Rozita Che Wan & Zain Saidin. Kedua-duanya memang comel, mempunyai keletah tersendiri dan memiliki pengikut yang ramai di media sosial. Senang cerita, kedua-duanya memang popular.

LARA ALANA AAISYAH

Seperti selalunya, manusia memang suka membuat perbandingan. Lara Alana dan Aaisyah Dhia Rana juga tidak terkecuali. Ada yang membanding-bandingkan kecomelan mereka berdua. Agak pelik kerana Lara dan Aaisyah hanyalah bayi yang tidak tahu apa-apa. Kecewa dengan apa yang terjadi, Scha Al Yahya memohon para peminat agar tidak terlalu taksub. Kata Scha:-

Sudah tentulah, tiada persaingan di antara mereka. Kenapalah perkara ini harus terjadi? Kasihan. Mereka bayi lagi dan masih kecil.

Saya tidak nafikan, peminat memang banyak membantu, tetapi apabila terjadi perkara ini, saya sendiri rasa tidak seronok.

Ya, saya tahu ramai peminat menyukai Lara dan Aaisyah, tetapi janganlah terlalu taasub.

Awal memang suka ambil gambar dan apabila sudah bergambar, apa lagi yang dia nak buat?

Sudah tentulah memuat naik gambar itu di Instagram. Lebih-lebih lagi, kami ini jenis suka berkongsi dengan peminat.

Cuma, di akhirnya apa yang kita tahu mengenai perkongsian itu adakah ia dapat memberi kebaikan atau tidak

LARA ALANA AAISYAH

Perbandingan sebegini sememangnya tidak sihat dan tidak menguntungkan sesiapa. Kalau dah selalu sangat dibandingkan, takut-takut emak dan ayah Lara serta Aaisyah mengambil keputusan untuk tidak lagi berkongsi gambar anak-anak mereka. Nanti yang rugi, para peminat jugak. Tak gitu? Lagi beberapa gambar si comel ini dengan membaca artikel sepenuhnya. Kredit Sinar Harian.

LARA ALANA AAISYAH
LARA ALANA AAISYAH

LARA ALANA AAISYAH
LARA ALANA AAISYAH
LARA ALANA AAISYAH
LARA ALANA AAISYAH
LARA ALANA AAISYAH
LARA ALANA AAISYAH
LARA ALANA AAISYAH.jpg” alt=”LARA ALANA AAISYAH” />
LARA ALANA AAISYAH
LARA ALANA AAISYAH
LARA ALANA AAISYAH
LARA ALANA AAISYAH


Comments are closed.

Loading...