“Jangan Terlalu Mesra Risau Timbul Fitnah..” – Puteri Sarah & Andi Semakin Hari Semakin Akrab, Netizen Mula Soal Status Sebenar

Hiburan

“Jangan Terlalu Mesra Risau Timbul Fitnah..” – Puteri Sarah & Andi Semakin Hari Semakin Akrab, Netizen Mula Soal Status Sebenar

Hubungan di antara kedua-dua artis terkenal, Puteri Sarah Liyana dan Andi Arsyil bukan lagi sesuatu yang baru memandangkan mereka berdua sering terlihat bersama di media sosial dan di tempat awam.

Disebabkan mereka merupakan rakan bisnes yang sama-sama berniaga melalui siaran langsung di TikTok, sejak kebelakangan ini, warganet sering dapat melihat perilaku mesra mereka yang kelihatan lebih dari seorang sahabat meskipun itu yang dikatakan oleh Sarah sendiri.

Advertisement

Jagalah adab sebagai wanita, jangan terlalu mesra risau timbul fitnah.

Kalau benar ada hubungan istimewa, segeralah dihalalkan. Jangan biar lama-lama, tak manis orang kata.

@beautifulnara  #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia #puterisarah ♬ original sound – Beautifulnara.com

Hari demi hari, netizen mula berasa tidak selesa melihat keakraban mereka setiap kali mereka live bersama. Ada yang percaya itu hanyalah gimik bagi menarik lebih ramai penonton untuk melihat siaran langsung mereka, namun hal tersebut tetap meninggalkan rasa rimas pada orang ramai.

Pada masa yang sama, ramai juga yang turut menasihati mereka berdua agar mempercepat pernikahan mereka sekiranya benar-benar serius untuk mengelakkan sebarang persepsi buruk terhadap Sarah yang sudah mempunyai anak itu.

Puteri Sarah
5 months ago

"Takkanlah Saya Nak Letak Kepala Di Bahu Bukan Mahram" - Puteri Sarah Buka Mulut Isu Kontroversi Menangis Bersama Andi Arsyil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...