Anak sulung kepada penyanyi Indonesia Virgoun, Starla Rhea Idola dilihat ada memberi pesanan buat bapanya tersayang.
Sebelum ini, Virgoun dan isterinya, Inara Rusli telah menjadi hal sensasi di media hiburan Indonesia gara-gara konflik rumah tangga dan kecurangan penyanyi itu.
Starla menerusi satu podcast di YouTube dilihat bersama-sama dengan ibunya Inara duduk berbual mengenai keadaan mereka kini.
“Hari ini adalah hari ini, semalam adalah semalam” ujar Starla ketika ditanyakan mengenai keadaan dia setelah ibu bapanya yang sudah bercerai.
Inara kemudian dilihat ada meminta Starla untuk memberi nasihat kepada Virgoun agar menjadi insan yang lebih baik.
Jangan terlalu jauh dari Allah.
Inara yang juga pensohor media sosial negara Indonesia turut menjelaskan mengenai status hubungannya kini bersama Virgoun kepada anak sulungnya itu.
Mummy dan daddy tak boleh bersama lagi kerana sudah talak tiga. Dalam Islam, kalau kami mahu bersama kami perlu berkahwin dengan orang lain terlebih dahulu.
Terdahulu, Virgoun telah ditahan bersama seorang wanita di Jakarta Selatan selepas didapati mengambil dadah jenis syabu.
Virgoun yang terkenal dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla itu telah bercerai dengan Inara susulan kontroversi kecurangan serta keganasan rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla, Faithlee As-Sya’ir dan Terang Sharique.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.