Pelakon jelita, Izara Aishah menitipkan pesan buat orang ramai agar tidak terlalu mengikut perasaan sehingga tergamak untuk membunuh diri.
Menerusi sesi soal jawab dalam Instastory, Izara berkata perkara tersebut adalah tidak normal apabila seseorang itu terlintas di fikiran untuk membunuh diri hanya kerana dibebani masalah hidup.
Terdahulu, seorang pengikut Instagram Izara bertanya “Normal atau tidak apabila kita ada masalah sampai fikir nak bunuh diri?”
Tak normal. Nanti apabila mati lagi susah tau nak jawab soalan. Nak kena jumpa Munkar dan Nakir lagi. Adudu.
Dalam pada itu, Izara atau nama lengkapnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin turut berkongsi pesanan tentang hubungan cinta apabila ditanya seorang lagi pengguna Instagram.
Andai seseorang itu mahu berkawan tapi tak nak bercinta dan tak bagi ada kekasih lain, cakap pada dia ‘babai’.
Terdahulu, Izara mengejutkan peminat tanah air apabila mula mengenakan tudung labuh sekali gus mengesahkan dirinya kini sudah bertudung penuh.
Baca: Izara Aishah Beri Sumbangan Dari Jauh, Hasrat Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Tidak Tercapai