August 14th, 2019

Zaman sekarang ini, memang ramai suami yang curang, pasang kekasih gelap dan bercinta dengan wanita lain sedangkan diri sudah pun mempunyai isteri. Nak kata isteri tak cantik, bila dibandingkan dengan kekasih gelap tersebut, nampak jelas si isteri lebih cun melecun. Jadi di mana silapnya? Mungkin pesanan dari Nora Ariffin ini boleh dijadikan pedoman buat isteri-isteri di luar sana agar suami masing-masing tidak mencari yang “lain”.

nora ariffin

Untuk makluman, Nora telah mendirikan rumahtangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992. Komposer terkenal itu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 24 Mac 2017 usai usia perkahwinan mereka menjejak hampir 25 tahun. Menurut Nora, dia mengamalkan pesanan dari ibunya untuk menjaga si suami. Tulis Nora di laman sosialnya:-

Bersama satu-satunya ibu tercinta, antara nasihat yang sentiasa dipegang untuk menjadi isteri yang baik. Ma selalu pesan… Nak jadi isteri yang baik kena jaga makan pakai suami, jangan bagi orang gaji yang buat, taat pada suami, patuhi hak dia dan jangan terlalu control suami. Insya-Allah suami tak akan cari lain

nora ariffin

Secara jujurnya pada pendapat Abang Nara, seorang lelaki yang telah bergelar suami haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab kepada isteri dan anak-anak. Apa sahaja yang kita ingin lakukan, ingat dulu anak bini. Memang seronok kalau dapat “bercinta” kembali dengan orang lain, tetapi seronok itu sekejap je. Last-last isteri kita juga yang akan berada di sisi apabila kita berada dalam kesusahan. Si kekasih gelap hilang entah ke mana.


41 responses to “Jangan Terlalu Control, Insya Allah Suami Tak Cari Lain – Nora Ariffin”

  1. aji says:

    beruntung dpt isteri atau suami yg baik…..

  2. Anonymous says:

    Byk pompuan x elok perangaj.. laki fed up woi

    • bawang putih says:

      lelaki sekarang elok sgt ke perangai? dah le banyak yg makan duit bini, mengharap bini serba-serbi..agama pulak kelaut, jangan harap nak bimbing bini ke syurga, diri sendiri pun tak lepas..allahu akbar!

  3. Anonymous says:

    Mine do the same. When I say Stop.. They Stop.. watch those eyes watching us moms lol… they they fly.. love my cats.. I do..

  4. Anonymous says:

    Dlm penceraian dua2 salah!

  5. Wekkkkkkk says:

    Btui apa yg u ckp tu kak nora.
    Tetapi lelaki zaman skrg bkn sng nk dpt wanita mcm yg nora sebutkan ini. Lelaki pun ssh nk dapat mcm suami kak.
    Dlm rmhtgga perlu ada keseimbangan dlm semua hal..mgkn kata2 di bwh ku ini dpt mengekalkan rmhtangga walaupun bahagia ke x kita pun tak tahu..yg penting cerai mati..baru org tak mengata.
    Antara2nya:
    1. Gaji suami jika 7000.00 ..bgi bini 6200.00 utk semua bils Dan saraan anak Dan makanan bulanan. Suami 800.00 itu sudh cukuplh utk duit myk hp Dan rokok jika merokok. Ini pasti suami tiada duit extra nk enjoy.
    2. Klau pegi rmh mk bpa sendiri blnja rm80.00..rmh mertua pun mcm tu.
    3. Klau kerajinan buat kerja rmh Dan memasak di rmh mak sendiri 80%.. rmh mertua pun mcm tu.
    4. Klau solat 5 waktu x tinggal.. buat mcm tu juga walau d mna shj.
    5. Waktu raya ikut turn.
    6. Beli hdiah biar sama.
    7. Terimalh kehebatan kelebihan Dan kelemahan diri masing2.
    8. Bersyukur dgn apa yg ada.
    9. Bersangka baik.baiklah jdinya.
    10. Jgn menipu.

    Pasti kekal rmhtangga hingga cerai mati walaupun bahagia ke x msih x pasti..janji x cerai.
    Ada je rmhtangga org kekal smpai mati tpi masa se ruman sebumbung hari2 dgr berckp berteriak. Pong pang pong pang..binatang kau.. ayam kau..bangang kay . bodoh kau…tpi akhirnya cerai mati…

Loading...