“Jangan Terburu-Buru Pulang”, Frozen 2 Dedahkan Babak Post-Kredit

Trending

“Jangan Terburu-Buru Pulang”, Frozen 2 Dedahkan Babak Post-Kredit

Selepas enam tahun, filem animasi Frozen masih lagi mengekalkan takhtanya sebagai filem animasi paling berpengaruh pada kanak-kanak. Selepas tempoh yang agak lama, sekuelnya kali ini tidak kurang hebatnya.

Walaupun belum sampai seminggu ditayangkan, Frozen 2 berjaya mengutip $350 juta setakat ini. Manakala kutipan di United States berjaya mencecah $127 juta buat masa ini. Lima filem Disney berjaya mendapat kutipan lebih $1 billion pada tahun ini dan nampaknya, Frozen 2 bakal menjadi filem keenam Disney dalam carta.

Advertisement

Babak post-kredit

 

frozen 2

Babak post-kredit

Disney kini mengikut jejak langkah filemnya yang lain untuk membuat babak tambahan pada penghujung cerita atau lebih senang dipanggil post-credits scene. Ini pertama kalinya dilakukan untuk filem Disney Moana pada tahun 2016.

Untuk Frozen 2 kali ini, Disney memilih watak Olaf untuk dimasukkan di babak post-kredit ini sebagai watak pencerita. Nak tahu apa yang terjadi dalam babak tambahan ini, anda kenalah tunggu sehingga penghabis cerita.

Soundtrack Frozen 2 

frozen 2
Seperti lagu Let it go untuk filem pertama, sekuel kali ini menampilkan beberapa soundtrack seperti ‘All Is Found’, ‘Lost in the Woods’ dan semestinya yang menjadi siulan ramai iaitu ‘Into the Unknown.’ 

Terdapat dua versi untuk soundtrack ‘Into the Unknown’ yang turut dinyanyikan oleh Panic! At The Disco selain versi Idina Menzel dan Aurora. Boleh dikatakan, soundtrack kali ini mungkin bakal membuatkan kanak-kanak lupa pada lagu Let It Go dari filem pertama.

Filem Frozen 2 sudah berada di pawagam Malaysia sejak 22 November yang lalu. Jangan lupa serbu panggung wayang berdekatan anda. Selamat menonton!

Artikel berkaitan: Disney Dedahkan Kisah Di Sebalik Kuasa Magis Elsa Dalam Trailer Terkini Frozen 2

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...