Selepas enam tahun, filem animasi Frozen masih lagi mengekalkan takhtanya sebagai filem animasi paling berpengaruh pada kanak-kanak. Selepas tempoh yang agak lama, sekuelnya kali ini tidak kurang hebatnya.
Walaupun belum sampai seminggu ditayangkan, Frozen 2 berjaya mengutip $350 juta setakat ini. Manakala kutipan di United States berjaya mencecah $127 juta buat masa ini. Lima filem Disney berjaya mendapat kutipan lebih $1 billion pada tahun ini dan nampaknya, Frozen 2 bakal menjadi filem keenam Disney dalam carta.
Babak post-kredit

Babak post-kredit
Untuk Frozen 2 kali ini, Disney memilih watak Olaf untuk dimasukkan di babak post-kredit ini sebagai watak pencerita. Nak tahu apa yang terjadi dalam babak tambahan ini, anda kenalah tunggu sehingga penghabis cerita.
Soundtrack Frozen 2

Terdapat dua versi untuk soundtrack ‘Into the Unknown’ yang turut dinyanyikan oleh Panic! At The Disco selain versi Idina Menzel dan Aurora. Boleh dikatakan, soundtrack kali ini mungkin bakal membuatkan kanak-kanak lupa pada lagu Let It Go dari filem pertama.
Filem Frozen 2 sudah berada di pawagam Malaysia sejak 22 November yang lalu. Jangan lupa serbu panggung wayang berdekatan anda. Selamat menonton!
Artikel berkaitan: Disney Dedahkan Kisah Di Sebalik Kuasa Magis Elsa Dalam Trailer Terkini Frozen 2