Written by AbangNara | September 13th, 2017

Noh Salleh dan Mizz Nina telah pun mendirikan rumahtangga pada 1 Julai 2011. Namun mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Sudah tentu sedikit sebanyak ramai yang bertanya soalan “bila nak ada anak” kepada pasangan ini kerana perkahwinan mereka sudah mencecah 6 tahun. Menurut Noh, ia sentiasa menantikan rezeki cahaya mata dan berdoa agar dikurniakan zuriat.

noh mizz nina

Pastinya Noh Salleh dan Mizz Nina tertekan apabila sering diasak dengan soalan yang sama berulangkali. Sebagai suami isteri, sudah tentu pasangan ini mahukan cahaya mata, cuma masih belum dimurahkan rezeki. Kata Noh:-

Saya tak tertekan tentang soal anak cuma bila orang tanya baru ada tekanan tu, lebih-lebih lagi bila kawan-kawan dah ada anak.
Tak mahulah ditanya soalan ini lagi, rasa macam nak menangis, pinta saya doakan semoga kami dimurahkan rezeki ya

noh mizz nina

Semoga Noh dan Mizz Nina tabah menghadapi ujian ini. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang itu dengan dugaan yang tidak mampu dihadapinya. Sama-samalah kita doakan agar pasangan suami isteri ini dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata. Amin. Sekiranya anda ada tips untuk memudahkan kehamilan, bolehlah kongsi di ruangan komen. Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

82 responses to Jangan Tanya Soal Anak, Rasa Nak Menangis – Noh Salleh

  1. hrmmm.. says:

    kesian mis nina & noh..tak pe belum ade rezeki..kepada yang suka tanya2 pasal anak kt mis nina & noh ni…hati2 la sket..jaga la sensitivity orang..kesian kt dia orang..aku plk yang rsa nk nangis..

    70

    0
    • Anonymous says:

      pergi la buat IVF….check tengok kot2 ada ketulan yg menghalang. kawan akak susah ngandung, pergi buat rupa2nya ada cycst. lepas buang terus preggy.

      17

      2
      • wekkkkkkk says:

        mcm Mawar/Fizo story je.

        7

        0
      • Kak Salasiah says:

        yaaa…jgn malu berulang alik ke pakar. selalunya kes mcm ni sebb faraj. faraj lemah/tk kuat. tapi dlm istilah perubatan…ada gangguan atau kurang kesuburan rahim. byk makan duit n masa. tkleh serah pada takdir je. harus usaha puan nina. dan rajin2 lah baca surah maryam. suruh tu bagus utk kesuburan. amalkan…bgi sesiapa yng nk anak. insya allah.

        24

        0
        • Anonymous says:

          masaalahnya orang kita malu kak. dan pulak IV tu mahal…

          3

          1
        • Cory says:

          org kita nk jumpa doktor perempuan je. muslimah la sangat. jenuh lah mencari satu malaya. malu konon.
          sampai ke tua la x berisi sebab konon islamik sgt. doktor cina jantan lagi la. mcm nampak hantu punya takut. maklumlah ..sebelah kaki dah melangkah ke syurga.

          0

          16
        • Anonymous says:

          Miss Nina ni anak Tan Sri Azman Hashim la.Wikipedia kata ‘his net worth is estimated by Forbes to be US$600 million dalam RM$2 billion kot!!Kos buat IVF tu macam beli barang mainan aje la pada diaorang.Agak agak la kalau nak kata IVF mahal.

          18

          0
      • anon gila. says:

        Anonymoussays:
        September 13, 2017 at 1:49 pm

        apa maksud kau buat ivf boleh terus mngdung?? kau tau ke ivf tu apa??

        buat checkup sudah la… kau ingt pgi jmpa doktor ckp nk buat ivf doktor terus buat??? ahahaha sakit kau ni….

        22

        0
        • Anonymous says:

          ???dia pn tau apa yg perlu bt xkn dia nk bgthu suma..dah bt itu ini…

          9

          0
        • Anonymous says:

          Tak payah sibuk suruh diorang buat itu ini. They have the money, and they’re not stupid. Tau la diorang nak buat apa. Kalau dah belum rezeki nak buat macam mana. Halamakkkk

          36

          0
        • Anonymous says:

          Nak rezeki kena usaha.

          3

          3
        • Gina says:

          Dah taw buat apa habis apasal tak berhasil? Akibat degil la kekadang manusia kekal ditakuk lama. Cuba la pelbagai cara. Tak perlu ego dgn wang. Ambik pendapat org. Kalau ada wang tapi degil, nak merentan je kerja…bela anak kucing je lah kak oiii..

          1

          17
        • Klinik Dr Harjeet says:

          Nak ikut ..xnk ikut terserah. Siapa degil…dialah yg rugi.

          0

          3
        • Anonymous says:

          Eh Gina.Kau ni bengong ke apa?Kau ingat sekali buat IVF tu boleh terus pregnant ke?Aku baca celebrity Hollywood macam Cameron Diaz tu pun dah buat berkali2 tak pregnant.It’s not guaranteed.Ada tu buat sampai 6 kali baru melekat.6 kali tau!!Lain kali bangang tu simpan sikit.Sakit pulak hati aku baca.

          14

          0
      • BunnyLynBaLok says:

        kawan aku 6tahun kawen dan 3kali buat ivf..belum ada hasilnya..Doa.Usaha.Tawakal..

        9

        1
        • Anonymous says:

          So? Give up la?

          0

          10
        • Anonymous says:

          Org2 kat dlm ni negative giler.
          Kawan saya buat IV tahun kedua ..lekat. Usaha terus usaha. Kalau asyik negative..apa pun x berhasil ngok!!

          0

          9
        • MILLAH says:

          TAK PAYAH LA IKUT KAWAN. FARAJ DIA…TAK SAMA DGN FARAJ KO. NI LA MASAALAH. SUKA SGT DENGAR CAKAP ORG.

          11

          0
        • BunnyLynBaLok says:

          ni die otw buat kali ke4..die xpernah give up..sentiasa Doa.Usaha.Tawakal..

          4

          0
        • Rina says:

          Woi Anon 11.48 pm & 11.50 pm.Kau ingat buat IVF tu tak seksa ke.Macam korek hidung aje ke kau ingat??Dah la mahal gila.Dengan sakit,mood swing & hormone berubah lepas tu tak lekat2.Down gila tau tak.Lain kali jangan cakap macam orang bodoh yang tak pergi sekolah boleh tak????

          6

          0
      • benci says:

        org tu dah 6 tahun la–benda2 mcm ni xyah tnya–kalu ko pun tau–depa lagi tau la nk check–

        3

        0
    • huhuhu says:

      saya percaya semua pasangan yg belum kurnia zuriat dh berusaha ke arah tu ivf pun bkn jaminan mengandung hanya 50% je. Ikutlah rezeki Allah ckp Jadi maka Jadilah kalu usaha mcm aku ni dkt 11thn mcm2 procedure Allah belum izinkan maka harulah kita redha selepas berusaha.

      So xpyh nk jd mak jemah sgt ya sb korg tak lalui so korang tak tahu peritnya menunggu zuriat. Lainlah tak de usaha tp dok harap takdir tu lain citer.

      30

      0
      • Anonymous says:

        Betul2…org x pernah lalui senang la ckp…ckp buat itu ini…kdg2 x paham jgk org jenis mcm ni…sy sendiri pun masih menunggu zuriat darinya…mmg kna usaha…tp kalau Allah takdirkan belum masanya nk buat mcm mna…sesetengah tu ckp mcm nak melawan takdir plk…

        8

        0
        • Janna says:

          jangan buruk sangka. usaha dulu. belum usaha 100 peratus dah mcm nk give up. faraj ni memang rumit. tak semua sama. byk kes2 lain yg berlainan. jangan dengar ckp org. masaalah dia x sama mcm ko.

          1

          5
        • Tina says:

          korang bercakap pasal gagal. berapa banyak pasangan yg buat IV berjaya. tu ha..Celine Dion, Mariah Carey semua tu berjaya apa. Jangan pikir negative je kak. Usaha dulu…belum usaha sehabis mungkin dah menolak dgn pelbagai andaian. Cuba think positive sikit wahai Melayu2.

          1

          8
      • Dr. says:

        Karott 50 persen..mana source ko? Siapa cakap??? Pandai pulak main persen2 yer???

        2

        1
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      mis nina ni dh macm heroin india pulak minah jambu tengok..

      1

      3
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      nasib baik noh ni baik orang nye ..kalau tidaaaaak dh gi thailand dh kawin lagi satu macm ashraf…sabar ye noh Allah akan anugerahkn noh jugak nanti baby comel ok pasal noh baikkk..bersabar aje ok…

      3

      3
  2. wekkkkkkk says:

    Kalau dua2 sihat, dn x ada apa probem utk hamil, cuma rezeki je kn belum, cuba amek ank angkat, mana tau dpt rezeki sendiri. Allah menduga kita. Tapi jgn mcm sorang retis tu ye…mau kawen lain, katanya mau dpt anak..ini nononononono.

    Kalau x mau x apalah, berduapun happy jugak.
    Tapi mmg kalau ada anak, mmg seronok walaupun penat sgt2.

    13

    0
    • Anonymous says:

      honetly aku nyampah org kata amik anak angkat utk dapat anak sendiri….sbb byk kes dah anak angkat terabai dan dirogol keluarga angkat…

      0

      0
  3. Anonymous says:

    ramai pompuan2 msia x tahu, org pompuan senang ditumbuhi lemak dlm rahim. lemak tu la mengalang aliran airmani ni ke faraj dan ovari. sori kasar sikit akak tapi tu lah. kena buat checkup. selain ketulan dan keputuhan jgn buang duit beli kolagen, minum detox juice pelbagai sajor. dalaman pun kena jaga gak wei. setahun sekali buat lah mammogram/medical check. barah buah dada pun byk. yelah, makanan dan sayur2an sekarang byk kimia. harus pantau..

    5

    3
  4. anonymous says:

    Yang soal2 orang tentang anak ni dua perkataan utk dia orang kalau dia orang tu Islam..BODOH DAN JAHIL…kalau baca Al Quran dan tau isi kandungannya korang takkan menyakitkan hati orang dengan bertanya soalan bodoh sdgkan Allah dah beri jawapannya..

    Artinya : Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi. Ia menciptakan apa-apa yang Ia kehendaki. Ia memberikan kepada siapa yang Ia kehendaki anak-anak perempuan dan Ia memberikan kepada siapa yang Ia kehendaki anak-anak laki-laki. Atau (Ia memberikan kepada siapa yang ia kehendaki) anak-anak laki-laki dan perempuan. Dan Ia jadikan siapa yang Ia kehendaki mandul (tidak dapat mempunyai anak). Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui (dan) Maha Berkuasa[1]” [Asy-Syuura : 49-50]

    Sumber: https://almanhaj.or.id/2256-anak-adalah-pemberian-allah-azza-wa-jalla.html

    29

    0
    • wekkkkkkk says:

      ya betul, tapi kalau org yg sama kita jumpa (org yg sama ataupun muka2 tu je yg selalu sibok) asik tanya bila nk dpt anak, bila nak dapt anak, bila nk dpt anak, saya rasa Noh boleh terajang dia atau maki hamun dia je, sbb mulut korang ajar, bila jumpa tanya soalan tu je, soalan tu je, dh x ada ke soalan lain, kitapun hilang sbr, jdi kenalah sebijik tendangan atau sebijik cemuhan supaya org yg asik tanya tu akan sedar sbb dia kurang ajar.
      ha sebijik ko kena dgn tendangan dn makian aku.

      Melenkan org yg berbeza2, x apalah Noh/Nina sabar jelah.

      9

      0
      • wekkkkkkk says:

        sbb ada kisah kakak aku, dah brtahun kak aku pendam kt sorang tu, bila balik kpg terjumpa pompuan tu, dh x ada soalan lain, hai ko Mah, ko ni gemuklah, gemuklah. Bila jumpa je balik kpg, x ada soalan lain, ko ni gemuklah, gemuklah, Kakak aku pendam selama 5 tahun brsabr. Pada suatu hari di kenduri kakak ipr, terjumpa lagi pompuan tu, kakak aku dh standby ayat, kali ni kakak aku kata, kalau Eton tu ckp aku depan org ramai..ko ni gemuklah, gemuklah, ko akan kena dgn makian aku. Rupanya betol Eton tu ckp mcm tu, apa lagi kakak akupun lantas bersuara tinggi smpai semua org kenduri dgr…mcm ni ayat dia..”ko ni kan Eton, bila jumpa aku, kata aku gemuk, apa ko ssh hati ke tgok aku gemok, bukan laki ko bagi makan, knapa ko ssh hati ha, x ada soalan lain ke nk tanya ha, dn ko in lawa sgt ke, muka pun berjeragat dn bertompok2, berkarat, kurang ajat ko ni Eton. Kurang ajar. kurang ajar.”..

        Lepas tu kakak aku terkeluar air mata sbb dh puas hati dn Eton pun tersipu2.

        9

        0
        • mamizura says:

          alhamdulillah…kadang kala kita kena maki kow kow manusia haram jadah mulut tebuan niiiii ..u did the right thing!!!!

          5

          0
        • wekkkkkkk says:

          smpai skrg x dtg2 rumah, kuarga diapun dh pulaukan kami. Tak kisahpun.

          4

          1
        • Puteri Keraton says:

          Ye sy pun selalu jd mangsa kena kata gemuk dari umur 20tahun smp la lebih 10tahun. Padahal berat badan baru 42kg. Pastu ada mulut setan ckp lg eh nape tk buat botoks. Muka u patut buat la klu nk cantik. Eh hakikatnya ada betina yg sentiasa x puas hati dgn org lain. Diorg tu sebenarnya loser hidup serba x kena. Jadi dgn menjatuhkan org lain diorg rasa happy. Mmg mulut hati busuk.

          0

          0
  5. Anonymous says:

    mg Allah Swt cpt2 bagi rezki zuriat pada Noh & Mizz Nina.. amin yra

    5

    0
  6. Anonymous says:

    cuba tanya dengan Dr Dayana bagaimana caranya dapat Anas tentu dia boleh tolong sebab Ulama Ashraf Muslim cakap dalam media dia sudah cuba cara tradisional dan moden tapi tdk mengandung juga. sebab itu dia ke Siam dengan kekasihnya supaya cepat dapat zuriat. jangan marah dan minta maaf ya Ulama Ashraf dan peminatnya hanya memberi pendapat je untuk menolong orang susah.

    4

    1
  7. melati says:

    Suka pasangan ni….Mereka tk pernah Show off, walaupun dlm hati kecil mereka ketawakan Dato Aliff..!!!

    6

    0
  8. rezeki kita utk siapa.... says:

    rezeki yg kamu dpt sekrg, kamu nikmati bersama2, belum masanya Allah nak bagi atau x bagi..kita x tau..kalau dpt anak, kalau rezeki kamu berdua bulanan dlm RM20K…10k dh tentu utk anak. Contoh.
    Jadi ada nikmat di situ. Kalau di fikirkan…2 2 di situ ada nikmat tersendiri. Fhmkan.
    Tak perlu ssh hati. Yg penting sudah menjadi suamiisteri.

    0

    0
  9. Melati says:

    Sy pn dh 6thn kawin baru dpt anak melalui kaedah ivf..cara traditional pn cuba jg.Yang penting kn usaha dan abaikan ja kata2 yg tak membina tu.. mudah nya nk keji atau gelar org mandul…anak ini kurniaan Allah,jika Allah beri ujian lambat anak,mungkin rezeki lain lebih mudah.
    Sy doakan siapa yg belum mendapat zuriat dipermudahkn Allah utk mendapat cahaya mata nnti.Ingatlah pd ahli syurga Saidatina Aishah isteri baginda Rasullullah s.a.w pn diuji tiada anak..siapalah nk mempersoalkn takdir dan ketentuan tuhan

    9

    0
  10. shopia lorren says:

    Percaya qada’&qadar..saya tau awk berdua sgt kuat..sabar lh ye…

    1

    0
  11. Anonymous says:

    Semoga cepat dikurniakan zuriat dn dimurahkan rezeki utk mizz nina dan noh.

    0

    0
  12. SukarelawanFikrah says:

    Aku sukarelawan kat umah org2 tua..90% penghuni kat situ anak2 hantar, bakinya..foreigner..yang herannya org yg solo dan childess couple xde pulak terbuang, Tuhan Maha Kaya..sbb tu ada anak jangan bongkak sgt sbb xtahu anak tu akan campak korang ke mana bila korang dh uzur kelak

    14

    0
    • Redha says:

      Setuju..sy pun xde anak dah 10 tahun kawin, 3 kali keguguran dan kami berdua xde masalah kesuburan..mind set kami suami isteri, anak bukan jaminan kebahagian dan keharmonian rumahtangga. Mostly yg bercerai berai,menghabiskan sisa nyawa di rumah org tua2 adalah org yg ada anak berderet2..so, sedarlah korg semua, anak2 yg akan mengheret korg ke syurga atau neraka kerana mereka amanah Allah untuk ibubapa.

      4

      0
  13. Pija says:

    Allahu i feel u noh n nina
    Kadang2 ujian Allah ni kite rase berat sgt2..tapi Allah takkan bg ujian melainkan yg sesuai dgn kita..supaya kite ni bergantung harap dgnNya..
    Saya pun kes mcm ni tp lain sikit.::nk peknen tu senang je.:tp tiap kali peknen tu gugur je..Allahu sedih sgt..dh pegi jumpa doctor tgh wat follow up doc suspect sy bile peknen je darah pekat..tu yg 3 kali recurrent miscarriage…
    Buat yg dh ade anak or yg senang dpt anak or sapa2 lah jgn lah ditanya soalan mcm tu..sy syak org yg sama tanya soalan tu dkt noh sbb sedara belah husband sy pn gitu jgk..kadang2 kite kena jauh kan diri dr org negatif ni noh..sy da lama xpegi kenduri kendara belah husband..seb baik husband pandai cover sy..
    Kadang2 kite ok je hadapi ujian Allah ni tp ujian sesama manusia ni kite slalu kalah..
    Sy doakan satu hari nanti noh n nina dikurniakan anak soleh n solehah . Amin

    3

    0
  14. KiahPropa says:

    Noh,klu ada org tnye ko bl nk dpt ank. Akak rs ko patut tnye org tu balik. Ko tau ke bl ko nk mati? Tkpn bhasa kasarnya, bila ko nak mati??? Ha3 Disamping usaha, ni sume takdir Allah. Kalau belum ada rezeki, usahalah mcm mn pn. Ni org tnye mcm la sume bnd manusia leh control. Ap da.. emo dah kak kiah..

    0

    0
  15. Mck Siah says:

    Assalam Noh n Nina. Insya Allah tuuu. Anak sedara mck pun lepas 6 tahun baru dapat anak. Diorang pergi check kt gh, rupanya ada 3 tempat saluran tersumbat. Lepas dirawat..Alhamdulillah mengandung pun. Yg lawak tu dah mula mengandung n melahirkan… X lama preg lagi anak ke 2…Jgn putus asa yaa… Mohon pd Allah n ikhtiar… Insyaa Allah…

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Saya doakan pasangan yang saya suka ni semoga cepat2 dikurniakan anak. Sabar Noh and Nina. Allah knows the best. InsyaAllah, satu hari nnt akan tiba juga rezeki korang. Noh, jangan rasa sedih, menangis. Cekalkan hati, usaha, tawakal dan redha!

    2

    0
  17. asy-madinah says:

    Don’t bother about what plp say coz words can’t kill you. Most importantly both of you bahagia. Period. Look around, ramai yg dah ada anak tapi masih lagi bercerai berai hidup masih tetap kosong. Kita merancang dan Allah juga merancang dan perancangan Allah itu lebih baik kerana Allah Maha tahu apa yg terbaik buat kalian berdua. La Tahzan. Hargai apa yg kalian ada sekarang….kasih dan sayang…..jgn biar kan bisik2 kan Shaitan Laknatullah menggoyang kan hati dan takwa kalian kepada yg Maha besar Allah azawajallah. Spent your every preciously moments together.

    5

    0
  18. FifiMiMi says:

    bykkan sabar noh dan mz nina. saya pun 3 thun berusaha. org yg kata kita tak buat checkup, org tak tau apa yg kita lalui. saya dan suami buat semua moden dan tradisional. lepas checkup, kami sihat dua2 tapi belum dikurniakan rezeki. sampai satu tahap saya dah lali dengar org asyik mengata saya mandul.. suami tau dan suruh saya banyak bersabar.. alhamdulillah awal bln jan tahun ni saya disahkan mengandung. ah ni spontaneous pregnant, saya pun betul2 tekejut.. sekrg saya dah over due 2 hari untk melahirkan.. lain lagi mulut orang bertnya.. hari2 orang tanya bila nak melahirkan? smpi saya menangis pulak, saya kata dgn suami, dulu belum mengandung org asyik tanya bila nak mengandung? sekarang dah nak melahirkan,orang asyik tanya bila melahirkan? dah overdue tu?
    All i want to say, kita takkan dapat puaskan semua hati orang.. good luck to you mz nina and noh.. semoga Allah mempermudahkan semua urusan korang.. insya allah, akan dikurniakan zuriat.. bersabarlah ye..

    3

    0
  19. Watever says:

    I feel u.. 5tahun kawin belum dkurniakn zuriat. Balik kampong sellu rasa berat hati. Sebab macik2 kat sana smua mulut ya allah, kalau lah budak2 rasa mcm nak lempang. Ada hari tu aku ngt 3taun lepas, macik tu ckp “yang, belum berisi lagi ke? Ank aku dah nak masuk 5 dah ank dia.kau jgn yang, lki kalau tak ada ank cari lain” Dlm hati aku tu baru sorg ank kau yg beranak. Kau ada 2org lgi ank dara. Aku sabar sja. Tup2 2minggu lepas menggis2 cerita dkat mak aku, ank bongsu dia kena gantung tak betali sbab laki cari lain 1thun setengah kawin belum ada ank.tu laa mulut kena jaga

    Tapi tahun ne sya dgn suami cadang nak ambik ank angkat. Doakn semoga dpermudahkn ye..

    0

    0
  20. Wanny says:

    I feel u.. 5tahun kawin belum dkurniakn zuriat. Balik kampong sellu rasa berat hati. Sebab macik2 kat sana smua mulut ya allah, kalau lah budak2 rasa mcm nak lempang. Ada hari tu aku ngt 3taun lepas, macik tu ckp “yang, belum berisi lagi ke? Ank aku dah nak masuk 5 dah ank dia.kau jgn yang, lki kalau tak ada ank cari lain” Dlm hati aku tu baru sorg ank kau yg beranak. Kau ada 2org lgi ank dara. Aku sabar sja. Tup2 2minggu lepas menggis2 cerita dkat mak aku, ank bongsu dia kena gantung tak betali sbab laki cari lain 1thun setengah kawin belum ada ank.tu laa mulut kena jaga

    Tapi tahun ne sya dgn suami cadang nak ambik ank angkat. Doakn semoga dpermudahkn ye..

    3

    0
    • wekkkkkkk says:

      sebenarnya Allah belum suruh anda bertanggungjwb lagi. Sbb kalau ada anak, maka anak itu adalah tanggungjawab..ok fhmkan.

      Smlam kak tgok citer omputeh “..ada pelakon tu tanya,,ko baru pindah dn kerja kt sini (penjara) kerja kt sini byk cabaran..banduan byk bengis, byk warden surrender keja kt sini, dn skrg pulak bini awak dh bersalin…then warden baru tu ckp, x mengapa, kerja2 jugak, kelahiran anak bukan masalah, anak adalah pemberian Tuhan dan kita dipertangguwbkan utk menjaga”.

      Mana yg belum dpt, anda belum di suruh Allah utk bertangggjwb. ok

      1

      0
  21. Deyy says:

    Aamiin…saya doakan Noh dan Mizz Nina dikurniakan anak suatu hari nanti…rancangan Allah itu sempurna…

    2

    0
  22. lan ujan says:

    sabar byk2 noh….semoga dipermudahkan segala urusan

    0

    0

Leave a Comment

Optional