Noh Salleh dan Mizz Nina telah pun mendirikan rumahtangga pada 1 Julai 2011. Namun mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Sudah tentu sedikit sebanyak ramai yang bertanya soalan “bila nak ada anak” kepada pasangan ini kerana perkahwinan mereka sudah mencecah 6 tahun. Menurut Noh, ia sentiasa menantikan rezeki cahaya mata dan berdoa agar dikurniakan zuriat.
Pastinya Noh Salleh dan Mizz Nina tertekan apabila sering diasak dengan soalan yang sama berulangkali. Sebagai suami isteri, sudah tentu pasangan ini mahukan cahaya mata, cuma masih belum dimurahkan rezeki. Kata Noh:-
Saya tak tertekan tentang soal anak cuma bila orang tanya baru ada tekanan tu, lebih-lebih lagi bila kawan-kawan dah ada anak.
Tak mahulah ditanya soalan ini lagi, rasa macam nak menangis, pinta saya doakan semoga kami dimurahkan rezeki ya
Semoga Noh dan Mizz Nina tabah menghadapi ujian ini. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang itu dengan dugaan yang tidak mampu dihadapinya. Sama-samalah kita doakan agar pasangan suami isteri ini dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata. Amin. Sekiranya anda ada tips untuk memudahkan kehamilan, bolehlah kongsi di ruangan komen. Sumber Mstar Online.