“Jangan Tak Gentle Macam Ni” – Rumah Digeledah Polis, Zaskia Sungkar Minta Adik Ipar Serah Diri

Hiburan

“Jangan Tak Gentle Macam Ni” – Rumah Digeledah Polis, Zaskia Sungkar Minta Adik Ipar Serah Diri

Berita tentang adik penyanyi Indonesia, Irwansyah bernama Hafiz Fatur yang memalsukan dokumen dan tandatangannya menggemparkan peminat hiburan negara itu.

Terbaru, rumah Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar dilaporkan telah digeledah oleh pihak berkuasa bagi mencari bahan bukti, lapor Liputan6.

Advertisement

2 years ago

Rumah & Kereta Irwansyah Disita, Adik Kandung Palsukan 'Sign' Untuk Pinjaman RM600K

Susulan itu beberapa bahan bukti seperti akaun bank dan sijil jual beli tanah atas nama Hafiz telah ditemui dalam operasi yang diadakan pada hari Khamis baru-baru ini

Menurut pihak polis tempatan, rumah penyanyi lagu Pencinta Wanita itu digeledah kerana Hafiz tinggal bersamanya. Rumah berkenaan juga dikatakan telah disita.

Susulan polis menggeledah rumah pasangan itu, Zaskia telah membuka mulut dan memohon agar Hafiz bertanggungjawab atas perbuatannya dan menyerah diri.

Bukan itu sahaja, Zaskia juga berkata mereka redha dan tidak akan menuntut semula harta atau kerugian yang dialaminya bersama suami.

Saya cuma harap Hafiz boleh bertanggungjawab. Jangan bersikap tidak gentle begini. Kami sudah ikhlas dan tidak akan menuntut semula soal harta. (Cuma) serah diri sahaja.”

Setakat berita ini ditulis, belum ada berita tentang penangkapan Hafiz dilaporkan yang kini berstatus buruan pihak polis.

Semoga kes ini segera selesai dan tiada lagi kerugian yang akan ditanggung Irwansyah serta isteri. Dan diharap adiknya itu serah diri kepada polis serta menyesal dengan perbuatannya mengkhianati darah daging sendiri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Liputan6

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...