March 6th, 2019

Berusaha sendiri untuk membesarkan anak-anaknya tanpa mengharapkan bantuan sesiapa, pelakon Rita Rudaini tidak gemar dengan sikap sesetengah individu yang ingin ‘tag’ nama orang lain di akaun Instagramnya.

Rita berkata demikian selepas ada individu yang ‘tag’ nama pelakon Rozita Che Wan, Ayu Raudhah dan juga Zaquan Adha. Isu ini timbul apabila anaknya Airit Qaqa Arjuna dimasukkan ke hospital kerana terkena jangkitan Influenza B. Bagi Rita, mereka tiada kaitan langsung dalam hidupnya.

Kenapa kena ‘tag’ nama mereka? Apa kaitan anak saya sakit dengan mereka? Lagi pun masing-masing ada keluarga sendiri. Selama ini, saya tidak pernah menyusahkan sesiapa. Saya sebolehnya buat sendiri dengan kudrat yang ada. Jika tak pun, saya minta tolong keluarga terdekat sendiri.

Alhamdulillah, kesusahan saya selama ini Allah gantikan dengan kegembiraan lain. Saya percaya, setiap orang dapat bahagian masing-masing.

Mungkin netizen masih belum boleh ‘move on’ dengan isu Aidil Zafuan yang belum mahu bertemu anak-anaknya, tetapi siapalah kita untuk terus memaksa orang lain melakukan sesuatu perkara? Biarlah masa dan takdir yang menentukannya,tidak perlu lagi kaitkan Rita dengan orang yang tiada lagi kena-mengena dalam hidupnya.

Sumber Berita : Harian Metro


14 responses to “Jangan ‘Tag’ Mereka Di Instagram, Kami Dah Lama ‘Survive’ Sendiri – Rita Rudaini”

  1. bawang hangus says:

    jantan tak rasa apa ke ko tgk anak cmtu…x terdetik lgsg hati ko erk…pelik…cm kena nasi kangkang je…yg sebok tag2 tu xyah la jd batu api…sis rita dh move on..

  2. Cukup la says:

    yg byk komen yg byk galak sgt bapak tak jumpa anak ni esok nak tgk jadi kat korang k. aku tak suke rita. tapi bila aku tgk anak2 dia tercari2 bapak..sedey. kebodohan mak tak de kena mengena dgn anak2 yg tak tahu apa2. anak2 tu takkan blame rita yg dh bagi the best international school bagai. aku tau si bapak useless pon nak jumpa anak2 dia tu.. My bet is aidil surely sad to know one of his sons is sick.. human kot.

  3. kahkahkah says:

    Yes ! Aku sokong statement Lelaki Puaka . Win !!

  4. Lelaki Puaka says:

    Rita kata keturunan belah Aidil keturunan puaka.. maknanya anak2 Rita tu suma dari keturunan puaka la jugak .. Rita oiii mulut tu filter sikit la..x sedaq2 lg ka anak2 hg tu tak berbapak kesan dr kepuakaan mulut hg jugak! jgn terkejut kalau satu hari nnt anak2 salahkan hang lebih dari depa salahkan pak depa.. sbb depa lelaki..smp msa nnt depa akan paham apa perasaan dan ego seorang lelaki bila bagi duit bini campak ke lantai, dari jd bini smp jd bekas bini dok mengata menghina mak pak mertua ipar duai keturunan segala.. mengata, memperlekehkan laki dari sebelum bercerai smp dah bertahun kena cerai..

    • lebih puaka dari puaka says:

      sapa2 tolong la mintak Rita baca komen si puaka ni.. semoga Rita tersedar dari lamunan gitu. kt ig Rita kata org tak tau apa perjanjian dia dgn Aidil dlm mahkamah. aku cabar Rita dedahkan konon perjanjian dia tu dan cerita sekali satu persatu masa tgh marah dari sebelum becerai apa yg dia dah penah kata, maki hamun kutuk caci maki Aidil dgn mak pak adik beradik Aidil satu persatu.. x pyh asyik cerita apa sebelah sana buat saja.. cerita apa yg kau dah buat jugak! baru org boleh hadam kenapa Aidil jadi pak yg konon2 tak penah ingat kat anak . come on Rita.. cer cite cer cite ..

    • Bosan says:

      Wpun tak setuju aidil tak usaha sangat jenguk anak2 dia..tapi “faham” kenapa jadi gitu..sebelum2 ni datang tengok anak2 macam2 rita buat..x angkat call..x reply message..inform guard jangan bagi aidil masuk….lepas tu..beri peluang bekas suami tengok anak..tapi syarat2 dia..x sesuai dengan status aidil yang dah jadi suami orang..sudah2 la tu rita..bersihkan hati..hal awak dan aidil dan bertahun2 yang lepas..keretakan rumah tangga bukan sebab salah aidil semata tapi sebab diri sendiri juga..kadang2 kesian tengok dia ni..dendam kesumat tak habis2..orang lain dah bahagia dah move on..dia masih mcm ni..kalau betul aidil dan keluarga dia sehina2 orang macam rita cakapkan..kenapa nak masih nak ingat mereka lagi..moves on la..

Loading...