“Jangan Suka Kumpul Hutang, Kalau Kena Buang Kerja Diri Sendiri Merana Nak Bayar”

Trending

“Jangan Suka Kumpul Hutang, Kalau Kena Buang Kerja Diri Sendiri Merana Nak Bayar”

Tidak kisah pun korang nak beli rumah 60 biji sebelum meninggal. Beli je, kalau dah berkemampuan. Tapi sebelum berbuat sesuatu, fikir dulu sebelum bertindak.

Pesanan ini nak mendidik anak muda budak baru nak kenal dunia. Jangan taksub yang cerita separuh dongeng indah indah saja.

Advertisement

Kes yang berkorban ikat perut, catu makanan dan dikejar oleh orang bank tak dicerita. Adik adik, tahu tak azabnya kalau korang diburu oleh bank?

Masa zaman abang baru nak up dulu macam korang sekarang, ada kawan join seminar hartanah untuk beli rumah banyak banyak.

Ada “tok guru rumah” ajar bayar deposit rumah guna kad kredit. Balik je, kawan tu ikut. Atas kertas molek je. Bila praktikal, penuh zip zap berliku. Kecundang.

Interest 18 percent dengan penalti lagi. Makin menimbun, hutang. Lagi teruk, dia ada buat pinjaman peribadi lagi.

Ada satu kes tu, rumah tangga hancur. Kesahnya gabung pinjaman dengan bini. Bank asyik telefon je tanpa henti, dengan bini bini sekali tertekan.

Mertua masuk campur, akhirnya bercerai berai.

Yang biasa korang diajar, macam dapat maksima untuk pinjaman diluluskan. Bila terkandas, rumah tak dapat disewa, rumah lambat siap. Bank kejar, tak diajar.

Sebenarnya tak semua orang bernasib baik. Ada orang, lepas kahwin duduk rumah mertua. Sewa tak payah bayar, boleh la buat bayar beli rumah banyak banyak. Lepas tu rasa bangga.

Ada orang, anak anak tak payah hantar rumah pengasuh. Pembantu rumah tak perlu bayar. Hantar je kat emak ayah, jadi orang gaji.

Cuti sekolah angkut semua sekali. Semua nak jimat, nak berlumba, rumah siapa paling banyak sebelum mati. Nak mendidik anak muda, niat tu dah betul.

Tapi ayat nak sampaikan mesej tu kena diperbetulkan. Cakap anak muda manja, tak ada ilmu. Tidak semudah itu.

Baru-baru ni saya jumpa, lepasan graduan bergaji rm2000 kena tanggung lagi 8 adik beradik. Kesian, manjakah mereka?

Itu belum lagi yang menulis melahanat budak gaji rm2000 beli myvi. Kesian kat mereka. Masing masing ada gaya hidup tersendiri.

Tak semua orang sanggup berpanas hujan bergadai nyawa di jalan raya.

Apa pun, bab hutang ni jangan main main. Kalau dah meninggal, walaupun ada MRTA, rumah banyak. Selagi tak selesai, bini kena bayar lagi setiap bulan.

Nak selesaikan MRTA ni pun, bukan ambik masa sebulan dua.

Korang yang suka kumpul hutang ni pernah fikir tak, kalau kena buang kerja atau tak mampu bekerja macam mana? Ada klien saya, kena buang dari syarikat oil & gas.

Selama ni dia tak terfikir dengan gaji besar di syarikat terkenal, boleh kena buang. Rumah banyak cuba nak refinance, bank tak layan.

Hutang bank keliling pinggang, rumah dah ada yang kena lelong. Hidup penuh tekanan. Nak ajar, ajar cara betul. Ajar tentang pentingnya duit kecemasan.

Kerja kuat, cari kerjaya yang bagi unlimited income. Ada simpanan wang yang kuat, jiwa lebih tenang. Hutang ni macam api. Waktu boleh kawal, menyenangkan diri.

Waktu besar, akan membakar diri. Hati hati. Tolong kongsikan perkara ini, harap dapat manfaat untuk anak muda.

Kredit : Shaari Anuar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...