Adik kepada penyanyi Ayda Jebat, Fyna berkata dia tidak kisah dengan tanggapan dan kata-kata cacian netizen gara-gara isu rumah tangga membabitkan dirinya dengan madunya, Datin Zalina Zaini sebelum ini.
Tambah Fyna, dia tidak membaca komen netizen yang menghina dan enggan membesar-besarkan isu tersebut.
Bagi saya orang nak kata apa, terpulanglah. Ini kerana saya sendiri tak akan tengok komen netizen. Alhamdullilah syukur. Terima kasih sangat-sangat, saya tahu ramai yang mendoakan terbaik buat kami.
Tambahnya lagi, isu berbangkit antara dia dan Zalina sudah pun selesai selain kedua-duanya berada dalam keadaan baik dan sudah pun berdamai.
Dia dalam pada itu turut memohon doa orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat dia dan keluarganya.
@xtra_my
Terdahulu, nama Fyna menjadi sebutan hangat dalam kalangan netizen bukan kerana penglibatannya dalam rancangan Famili Duo bersama kakak, Ayda Jebat, tetapi kerana isu ‘menyondol’ rumah tangga madu dan suami, Datuk Zainal Abidin Hassan.