Jangan Simpan Pokok Keladi ‘Dieffenbachia’ Di Dalam Rumah Walaupun Kelihatan Cantik

Kehidupan

Jangan Simpan Pokok Keladi ‘Dieffenbachia’ Di Dalam Rumah Walaupun Kelihatan Cantik

Pokok yang berada dalam rumah atau pejabat mampu menyegarkan lagi suasana. Namun pemilihan pokok menjadi faktor penting disebabkan pokok tersebut mungkin akan mendapat cahaya matahari dengan kadar yang paling sedikit.

Menurut seorang pengguna Twitter, @Irfansyahzz beliau memberitahu bahawa Dieffenbachia atau nama popularnya Dumb Cane merupakan tanaman yang sangat terkenal sebagai hiasan dalam rumah atau pejabat kerana ia hanya memerlukan cahaya yang sedikit.

Advertisement

Pokok keladi ini (Dieffenbachia) merupakan tumbuhan beracun dari keluarga Aracceae yang sangat beracun dan mampu membunuh seorang kanak-kanak dalam masa 1 minit dan orang dewasa dalam 15 minit jika anda meletakkan sepotong daun di dalam mulut anda dan menguyahnya.

Ingat jangan sesekali mengusap bahagaian mata selepas tersentuh daun ini kerana ia akan menyebabkan kecacatan kekal iaitu buta.

Jika anda makan daunnya atau menggosok mata anda selepas menyentuh tumbuhan tersebut, ia akan menyebabkan keradangan yang berasal dari kimia yang dikenali sebagai kalsium oksalat, yang jelas dengan pembesaran 600 kali.

Apabila daunnya dikunyah ia akan menyebabkan jarum-jarum kalsium oksalate menyucuk lidah dan menyebabkan mulut membengkak hingga menyebabkan air liur meleleh.

Tumbuhan ini mesti dijauhkan daripada bayi, kanak-kanak dan juga haiwan peliharan anda semua. Sebelum anda membeli tanaman hiasan pilihlah dengan betul dan berjaga-jaga.

Walaupum spesis pokok ini memang kelihatan cantik, Fikir-fikirkan dahulu sebelum simpan dalam rumah anda.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...