“Jangan Sesuka Hati Salahkan Allah, Jodoh Itu Takdir Yang Boleh Dipilih, Mati Je Tak Boleh Pilih..” – Abby Abadi

Hiburan

“Jangan Sesuka Hati Salahkan Allah, Jodoh Itu Takdir Yang Boleh Dipilih, Mati Je Tak Boleh Pilih..” – Abby Abadi

Ekoran berita tular tentang anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania yang telah bernikah di Thailand, kini terlihat kedua pelakon itu sedang berbalah mengenai anak gadis mereka.

Jodoh itu takdir

Pada hari Ahad, Abby telah memuat naik sebuah video memaparkan dirinya bersama Marissa serta kapsyen mendakwa Norman telah melepas tangan dengan isu anaknya itu. Ada pula individu yang menasihati Abby agar menerima takdir namun pelakon ini pula berpendapat lain.

Advertisement

Kena percaya Qada dan Qadar Allah. Allah dah tulis perjalanan kita mana mana. Doa yang baik-baik InsyaAllah Allah maha pengasih dan maha penyayang.

 

Jangan sesuka hati menyalahkan Allah, belajar lagi. Jodoh itu takdir yang boleh dipilih, mati je tak boleh pilih.

igSumber : Instagram  

Baik buruk, itu pilihan sendiri

Tak lama kemudian, ibu kepada Marissa ini telah memuat naik satu lagi hantaran yang menjelaskan tentang takdir jodoh. Berdasarkan video tersebut, jodoh itu adalah pilihan sendiri termasuklah yang baik dan buruk.

Mati qadar Allah yg tak boleh diubah. Jodoh itu ketetapan Allah juga tapi dikukuhkan berdasarkan iktiar makhluknya. Fahamkan yang ini. Apa-apa yang berlaku, baik buruk jodoh itu, pilihan atas kita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

Terdahulu, Abby telah hadir ke sebuah podcast untuk menceritakan tentang pernikahan Marrisa di Songkhla, Thailand itu. Norman pula berpendapat bahawa Abby harus berhenti membuka hal peribadi keluarga pada orang umum.

abby abadi
1 month ago

"Saya Penat Menyimpan, Tak Berbaik Pun Takpe!" - Diminta Diamkan Diri, Abby Abadi Akui Kecewa Dengan Norman Hakim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...