Jangan Serah IC Anda Kepada Pengawal Keselamatan!

Trending

Jangan Serah IC Anda Kepada Pengawal Keselamatan!

Biasanya jika anda pergi ke suatu tempat yang berpagar seperti kawasan perumahan atau bangunan pejabat, pasti pengawal keselamatan di situ akan meminta anda untuk meninggalkan kad pengenalan di pondok pengawal terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke dalam premis.

Biasanya, prosedur ini dilakukan untuk memastikan keselamatan bangunan dan premis agar tidak diceroboh oleh orang-orang yang tidak diingini.

Advertisement

Kad pengenalan satu dokumen penting dan sangat bernilai untuk seseorang individu. Ia seperti mewakili diri anda dan kalau hilang, anda perlu buat laporan polis secepat mungkin.

Untuk pengetahuan anda, memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan, kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa – Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Perkara ini telah dimuat naik oleh Polis Diraja Malaysia di laman Facebook rasmi mereka dan menjelaskannya dengan lebih teliti kepada orang awam supaya tidak berlaku masalah atau apa-apa pekara yang tidak diingini.

Yang dibenarkan untuk memegang IC anda adalah:

  • Pegawai Polis
  • Pegawai Pendaftaran
  • Pegawai Kastam
  • Mana-mana pegawai atau kelas atau pegawai awam yang diberi kuasa oleh ketua pengarah
  • Anggota tentera yang bertugas, menjaga dan mengawas.

Bagi anggota polis bantuan pula, mengikut Seksyen 50 Akta Polis, Polis bantuan juga boleh menikmati hak dan keistimewaan pegawai.

Ini bermaksud kuasa Polis Bantuan dan Polis Regular sama tetapi ada hadnya.

Jadi selepas ini, jangan anda serahkan, kalau ada pihak selain dari senarai di atas meminta kad pengenalan anda. Jaga kad pengenalan seperti nyawa anda sendiri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...